zira's FotoPage

By: zira

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Friday, 10-Oct-2008 06:32 Email | Share | | Bookmark
::Tag & Gambar Raya Lagi::

 
 
adik² ku
View all 6 photos...
Hari nih zira nak siapkan 'tag' yg zira dapat sebelum raya ari tu..punyalah lama zira peram homework nih..maaf yer kak lin..bal..baru hari nih zira berkesempatan nak siapkan tag nih..sebelum nih sibuk beraya..

Tag Ini zira dapat daripada Kak Lin , Kak Fizan , Kak Intandan Balquen

Quote:

The Rules:
* Link To Your Tagger And Post These Rules On Your Blog.
* Share 7 Facts About Yourself On Your Blog, Some Random, Some Weird.
*Tag 7 People At The End Of Your Post By Leaving Their Names As Well As Links To Their Blogs.
* Let Them Know They Are Tagged By Leaving A Comment On Their Blog.



7 Facts About Me!
-Anak sulung dari 4 beradik
-Masih single dan tinggal bersama mak dgn abah
-Garang sikit dengan adik²..hehe
-Seorang pendiam dan pemalu terutama kalau org baru kenal
-Seorang yg sensitif dan mudah menangis
-Susah sikit nk senyum kalau org yg zira tak kenal..hohoho
-Mudah simpati kalau tgk org susah terutama kalau golongan tua..huhu


Now, 7 Facts About Me, From My Point Of View...
-Suka Memasak tapi kadang2 ikut mood gak
-Tak reti menjahit(keras tangan kot..haha)
-Tak suka lipat baju..hoho
-Kalau time cuti suka main² dgn kucing² yg ada kat rumah tu
-Suka sangat print resepi dan buku kan..tp jarang nak try..
-Lebih suka bawak motor..(nih kes fobia nak drive dah..nama jer ada lesen tp simpan buat pekasam)
-Suka Kalau Satu Keluarga Berkumpul


Rasanya zira kena langgar peraturan lah sikit..jangan marah na..zira xnak 'tag' sesiapa kali nih tp kalau ada yg rajin nak jawab 'tag' nih silakan yer jgn malu²..semua org dalam mood raya lagi tu..mesti xda masa nak siapkan 'tag' nih..


Ada lagi gambar raya zira nak buh kat sini..nanti boleh jadikan kenangan.. raya pertama jer semua pakat pakai baju warna sedondon..hari lain jadi warna warni dah..haha..asyik buh gambar raya jer yer..gambar makanan xda lagi..malas nak edit..nanti² lah yer..













Thursday, 9-Oct-2008 02:28 Email | Share | | Bookmark
:::Raya Lagi:::

makteh
tok
 
View all 12 photos...
Hari nih kita tengok gambar raya lagi yer ..gambar nih masa sedara mara datang ke rumah pada hari raya pertama..seronok pulak tengok gelagat budak² kecik nih..bila nampak zira pegang kamera jer masing² sibuklah nak posing..adehla..macam² perangai budak² nih.. ..budak² kecik nih semua anak sepupu sepapat zira..anak buah sendiri mmg ler xda lagi..





\







Terima kasih zira ucapkan pada EMBUN sebab sudi bagi zira ros merah nih....tq



Wednesday, 8-Oct-2008 02:17 Email | Share | | Bookmark
Raya..Raya..Raya..

 
 
 
View all 20 photos...
Salam..akhirnya ada jugak mood nak apdet fp nih..dah ramai dok tanya bila nak apdet gambar raya.hehe..selamat hari raya semua.. ..mesti masih ramai yg masih dalam mood raya..nak keja pun macam malas² jer lagi kan? raya taun nih tak banyak pun gambar yg di ambil..gambar dgn family pun xda..tak sempat nak ambil masa pagi raya tu..lepas balik dari sembahyang raya terus keluar ke rumah tok dan lepas tu pergi ke kubur pulak..balik dari kubur terus terperap kat ceruk dapur jer jadi tukang cuci pinggan mangkuk.. ..bila dah petang tu baru teringat yg gambar family tak ambil lagi..huhu..gambar makanan pun banyak yg terlupa nak ambil..

gambar malam raya


gambar family..




Antara menu di hari raya yang sempat di snap..huhu











Wednesday, 1-Oct-2008 08:40 Email | Share | | Bookmark
:: SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ::



Salam..suasana hari raya semakin terasa..mungkin hari nih dah ramai yang akan pulang ke kampung halaman masing²..masih ramai yang sibuk menyediakan keperluan hari raya untuk ahli keluarga..apa pun jgn lupa amalkan sikap berjimat cermat..berbelanja mengikut kemampuan saja..jangan berlebihan pulak..takut nanti lepas raya pakat makan maggie jer semua ..jangan marah na bergurau jer ..pada mereka yang akan bertolak pulang ke kampung halaman masing² berhati-hatilah semasa memandu ..amalkan pemanduan berhemah....

Sempena menyambut syawal ni ..zira mohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa atau apa2 jua kesalahan kepada semua kengkawan ..
Semoga semua begembira di hari raya...dan bawak kete elok² masa balik kampung dan pulang semula ke umah...semoga selamat pergi dan pulang...insyaAllah..






Warisan tradisi mengiring kemodenan
Tangan dihulur mohon kemaafan
Semoga ikatan kekeluargaan
Dan jalinan persahabatan
Kian erat dan terus berkekalan
Selamat Hari Raya AidilFitri
dan Maaf Zahir Batin dari ZIRA sepanjang perkenalan kita

Jumpa lagi lepas cuti raya nanti..selamat bergembira di hari raya









Wednesday, 1-Oct-2008 08:00 Email | Share | | Bookmark
Himpunan Kad Raya Dari Kawan²

Untuk entry terbaru sila scroll ke bawah yer

Syawal bakal menjelma tak lama lagi..mesti semua orang sibuk buat persiapan sekarang nih kan..paling seronok dapat pulak kad raya dari kawan² yang mengingati diri kita..terima kasih buat semua yang sudi bagi zira kad raya nih..

Kad raya dari Kak Azue




Kad raya dari Kak Ieda Phg




Kad raya dari BungaRos Oman



Kad raya dari Feqah



Kad raya dari SitiComel



Dari Kak Zaiy nun di Dubai tu


Dari Tulip


Dari Putrimlm


Dari Leez


Dari Kak Nurul


Dari Azlieda


Dari Kak Fizan


Dari Bro Jeff


Dari Kak Sal














































Quote:
Sempena kedatangan syawal tak lama lagi zira nak berikan kad raya ni pada semua rakan² fotopages dan blog yang sudi singgah kat sini..sila ambik dan gantung kat 'umah' masing² yer..zira nak mohon maaf andai ada kesalahan yang telah di lakukan selama ni yer..






Untuk entry terbaru sila scroll ke bawah yer


[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net