zira's FotoPage

By: zira

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 5-Aug-2008 02:44 Email | Share | | Bookmark
Nasi Kuning

 
 
 
Ronda² kat fotopages kawan² terjumpa resepi nasi kuning nih kat fotopages kak nur http://nurkas.fotopages.com tgk macam sedap jer.teringin pulak nak mencuba..resepi dah lama print tapi baru² nih je baru Terajin nak buat..pemalas sungguh anak dara nih.. ..zira try resepi nasi kuning jer..pastu buat sambal tumis ikan bilis..simple jer..
tq utk kak nur ..zira mintak izin copy paste jer resepi tuh yer kak..


Quote:


Nasi Kuning

Bahan-Bahan

1 liter beras
1 3/4 liter santan dari sebiji kelapa
1 sudu makan kunyit basah di parut, di rebus dengan sedikit air dan di tapis {guna serbuk kunyit ja}
2 lembar daun salam {zira tak buh sbb xde stok}
1 batang serai
1 sudu makan garam
1 sudu teh air limau nipis

Cara-Cara

1. Campurkan santan dengan air kunyit yang telah ditapis tadi bersama daun pandan,
serai dan garam. Didihkan di atas api.

2. Kukus beras setengah masak, setelah itu tuangkan santan yang telah di didihkan tadi
dan kacau rata hingga santan nya menyerap pada beras.

3. Masukkan air limau nipis dan di kacau rata juga.

4. Kukus lagi sampai nasi kuning masak.







Quote:

ramai pulak yg bertanya macam mana rupa daun salam..zira tak guna pun daun salam tu..oleh kerana ramai yg bertanya zira try lagi cari kat tenet..sila klik di sini http://www.uni-graz.at/~katzer/engl/Euge_pol.html


Monday, 4-Aug-2008 11:16 Email | Share | | Bookmark
Agar² Lumut & Ketam Masak Lemak

 
 
 
View all 6 photos...
Quote:


Agar² Lumut

1 paket agar² serbuk (10 gram)
seketul gula melaka
400ml air
400ml santan
sebiji telur
sehelai daun pandan
pewarna hijau
gula pasir ( tambah kalau tak cukup manis)

Cara²

1.masak agar² dengan air dan gula melaka..tambah gula pasir sedikit..ikut manis yg di kehendaki..masuk daun pandan yg di simpul
2.masak hingga gula melaka hancur..kemudian buh pewarna hijau
3.dalam bekas lain pukul telur dgn santan bg bercampur..
4.kemudia masukkan santan td ke dalam agar² td..kacau dan biarkan mendidih sekejap..
5.tapiskan ke dalam acuan..biarkan beku..simpan dlm peti ais.







Quote:

Ketam Masak Lemak

Bahan-bahannya :

600 gram ketam
10 biji cili padi(ditumbuk)
5 biji cili merah(ditumbuk)
4 ulas bawang merah(ditumbuk)
1 sudu teh kunyit serbuk
1 biji kelapa (ambil santan)
sedikit garam

Cara Membuatnya :

Kelapa diperah asingkan pati santan dan santan cairnya.

Masukkan santan cair, kunyit serbuk, ketam dan bahan tumbuk kedalam sebuah periuk dan jerangkan.

Bila telah mendidih masukkan pati santan, garam dan serbuk perasa.

Biar hingga ketam masak barulah diangkat.









Saturday, 2-Aug-2008 10:40 Email | Share | | Bookmark
Serawa Durian & Cekodok Durian

 
 
 
View all 6 photos...
Banyak lagi stok buah durian kat umah..sampai dah jemu nak makan..dari di biarkan camtu saja baik buat sesuatu dgn durian tu..buat serawa dan cekodok..haa..abis pulak dorang makan..

Quote:


Serawa Durian+Jagung+keledek

Bahan-Bahan

1 biji besar durian - kopek dan ambil isinya
gula pasir - secukup rasa
santan dari sebiji kelapa
2 ketul keledek - potong kecik²
2 tongkol jagung - dihiris ambik isinya saja
1 s/teh garam
2 helai daun pandan

Caranya:
Satukan kesemua sekali dalam periuk yg bersih.
Masak dengan menggunakan api yg sederhana perlahan hingga kuahnya menjadi pekat.





Yang nih pulak semua org tau buat kan..cekodok durian..sama jer cara macam nak buat cekodok pisang tu..tak yah buh resepi lah yer







Friday, 1-Aug-2008 02:55 Email | Share | | Bookmark
Cucur Udang & Gulai Rebung

 
 
 
View all 6 photos...
Dah lama jugak nak mkn cucur udang nih tapi malas nak buat..kebetulan semalam semua org dalam rumah tu demam kecuali zira dgn adik yg lelaki tu..kesian pulak dorang takda selera nk mkn nasi jadi buat cucur udang dgn kuah kacang ni.alhamdulillah makan pulak dorang.. ..gulai rebung tu pulak memang kegemaran mak dgn abah..bukan senang nak jumpak org jual rebung fresh nih..selalu rebung masam tu ada lah di jual..bila dah jumpa org jual jer terus beli..rebung nih sedap jugak kalau buat masak lemak gulai..


Quote:

CUCUR UDANG

2 cawan tepung gandum
2 s/b tepung beras
daun kucai
taugeh
garam
2 sudu cili kering yg di blender
minyak untuk menggoreng
udang secukupnya
air secukupnya

Cara-cara

1.Masukkan tepung, udang, tauge, kuchai, garam, gula dan cili kering ke dalam satu mangkuk besar.Tambahkan air hingga adunan menjadi boleh dijemput.Jangan terlalu pekat atau terlalu cair.
2. Panaskan minyak.Jemputkan adunan ke dalam minyak yang betul-betul panas.Goreng hingga kekuningan.Angkat dan hidang dalam pinggan.

Resepi kuah kacang

Bahan-bahan:
100gm kacang tanah, digoreng tanpa minyak dan dibuang kulit

Dimesin dgn air:
7 biji bawang merah
9 tangkai cili kering, direbus
Segenggam udang kering, direndam
3 biji buah keras

5 sudu besar air asam jawa
3 sudu kecil gula merah
2 sudu kecil gula pasir
Sedikit garam
Air secukupnya

Cara²

1. Tumbuk kasar kacang.
2. Tumiskan semua bahan kisar sehingga naik bau dan agak masak.
3. Masukkan air asam jawa. Kacau dan tuangkan air. Biarkan mendidih sambil
dikacau sekali-sekala.
4. Masukkan kacang tanah, gula + garam.
5. Biar terus menggelegak dengan dikacau sekali-sekala.biar pekat sedikit.
6. Perasa dgn garam.
















Thursday, 31-Jul-2008 02:22 Email | Share | | Bookmark
Irish Cookies & Popia Pedas

 
 
 
View all 6 photos...
Malasnya nak update..nak upload gambar pun lambat beno rasanya..ish tak bleh jadi nih.. ..zira dah try buat irish cookies resepi dari fp maklang..memang sedapp tapi rupa biskut tu tak ler cantik macam yg maklang buat tu..huhu ..tq maklang ..mintak izin copy paste jerk resepi tu kat sini yer..

Quote:


[b]Irish Cookies
Sumber : Noorbaya


A.
180g butter
130g gula castor
20g shortening
1 biji kuning telur
1st nescafe
1st esen coffee (mklang tak letak sbb takder)

B
1/2st baking powder }
200g tepung gandum } ayak
100g tepung ubi }
40g nestum (kisar kasar)

Hiasan: putih telur – sapuan, badam flake dihancurkan dan choc. rice

P/S= Instead of using choc rice baya drizzle choc on top of the cookies.

Cara

Sebatikan semua Bahan A lalu masukkan Bahan B.
Canai dan terap. Sapukan dengan putih telur dan taburkan badam flake
Dan Choc Rice.
Nota: Nestum kisar boleh diganti dgn cornflakes kisar

Nota maklang : mklang guna nestum...dan kalau nak nampak cantik better guna kuning telur utk sapuan tu...kalau putih telur tak berkilat biskut.
[/b]







Yang ni pulak popia utk sarapan pagi..rasanya semua org reti buat popia kan..tapi takpe zira letak jugak cara nak buat inti popia nih..simple jer versi org Malas..

Quote:


[b]Inti popia pedas versi zira


3 ketul isi ayam ( potong kecik²)
500 gm sayur campur
1 biji capsium hijau
1 biji bawang besar ( potong dadu)
3 ulas bawang putih ( potong dadu)
3 sudu rempah kari
2 sudu cili kisar
garam

Tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga naik bau.kemudian masukkan cili kisar , rempah dan ayam..masukkan sedikit air ..bila rempah dan cili agak garing masukkan capsium dan sayur campur..kemudian masukkan garam dan biar hingga kuah td kering..tutup api dan biarkan inti sejuk terlebih dulu sebelum menggulung popia...gunakan bancuhan air tepung jagung utk melekatkan kuli popia tersebut
[/b]










[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net