zira's FotoPage

By: zira

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]
Friday, 11-Jul-2008 11:55 Email | Share | | Bookmark
Nasi lemak pandan



Dah lama jugak tak masak nasi lemak sendiri nih..kebetulan memang dah print resepi nasi lemak pandan dari fp kak nurfikas..jadi zira try jerlah buat nasi lemak nih pulak..sedap jugak yer..zira mintak izin copy paste jer resepi tu kat sini yer kak nur..thanks tapi zira masak sikit jer tak sampai 1 kg jadi zira dah kurangkan sukatan bahan² tu ikut kuantiti yg di masak..


Quote:


Nasi Lemak Pandan ~ Hajah Zahara Sudi


Bahan-Bahan

1 kg beras basmati (cuci bersih dan ditoskan)
5 helai daun pandan yang lebar di kisar dan ambil air nya.
1500 ml santan dari 2 biji kelapa parut putih (kalau ingin menggunakan santan kotak, kita
perlukan tiga kotak).
1/2 batang serai
2 cm halia
2 biji bawang putih
4 biji bawang merah kecil
garam secukup rasa

Cara- Cara

1. Serai, halia, bawang putih dan bawang kecil, dititik, dipecah2kan dan di-ramas.

2. Satukan bahan-bahan yg diramas dengan santan dan garam kedalam periuk.

3. Gaul rata dan masak sehingga naik wapnya.

4. Kemudian masukkan beras yang ditoskan tadi.

5. Kacau rata dan biar hingga masak nasi tersebut.

Bahan-bahan sampingan untuk menghidang


3 batang timun (di kupas kulit nya dan potong serong)
sambal tumis untuk nasi lemak
250 gm ikan bilis dan segenggam kacang tanah - di goreng
telur rebus










Quote:

dOd ~ nasi lemak nih tak bermusim kot..mmg sentiasa laku..

sal ~ tgh ada angin R nih tu yg buat sendiri..mmg xleh mkn selalu pun nasi lemak nih kak..banyak kolestrol..

umieaisyah ~ kat sini pun murah lg kak..sebungkus 5 kupang ..kalo berjiran bleh zira hulur kat akak sepinggan

mama ca ~ xpa ke kak kalo selalu sgt mkn nasi lemak nih..pe pun jaga kandungan n kesihatan akak tu yer

<idida aka ummu nafisa> ~ sesekali jer buat bg nampak menarik..

wawa ~ tu dia kak..ari² pulun nasi lemak.. ..jgn sedih² kak..nak buat camne dh bkn jodoh agaknya

Nur Sarah Mohd Yusof ~ ejen insurans ker nih?

kak nurul ~ nanti try lah kak nurul..senang jer nih

shahquantan ~ lapo p makan lah..

shariza ~

zaiy ~ amboi kak zaiy..lama tak tgk menu² akak tu

reena ~ salam perkenalan jugak dr zira..tq singgah sini

rinzura ~ w'salam rinz..sedap eh?nanti kena buat ler camtu..pastu pos ke sini sikit

marsolos ~ mmg dah cantik ler tu awak punya editing

mamaella
~ kalau berjiran bolehlah zira hulur kat akak sepinggan..

salleharon ~ amboi salleh..dari jauh ko dpt hidu bau nasi lemak nih yer

masriyah ~

Farah Shrewsbury
~ aha mmg sedap nasi lemak pandan nih..lain sikit rasa dia


shima ~ uish shima..mana bleh mkn tiap² ari nasi lemak nih..

Jasmeen ~ lauk simple jer tu kak meen


Thursday, 10-Jul-2008 11:16 Email | Share | | Bookmark
Award,Apam Pisang,Spagetti Goreng Lada Hitam

 
 
 
View all 9 photos...
Bestnya kali ni dapat award lagi dari umieaisyah @ http://umieaisyah.fotopages.com
thanks yer akak sebab sudi bagi zira award nih zira dah angkut bawak balik dan gantung pun kat sini




Dan nih syarat utk pemerimanya..."This award is to be given to blogs that have at least 3 posts per week"..so kali nih zira nak pass award nih pada:

kak zai ~ http://zbintim.fotopages.com
kak madiha ~ http://mamawandiha.fotopages.com
mamasya ~ http://mamasya.fotopages.com
kak ana ~ http://elianas.fotopages.com
Pemancing Ikan ~ http://pemancingikan.fotopages.com
Wak Kumis ~ http://-teksi-singapore.fotopages.com
kak ida bakery ~ http://merpati66.fotopages.com




Pisang ada banyak labih masa buat kenduri arwah kat rumah baru² nih..dok pikir nak buat apa dgn pisang nih..kalau kek dorang tak berapa gemar sangat jd zira pun buatlah apam pisang resepi dari Diana..resepi dh ada sebelum nih tapi takper zira copy paste resepi tu lagi sekali kat sini yer..
Quote:


APAM PISANG KUKUS(diana)

Bahan-bahannya
2 cawan tepung gandum
8 biji pisang emas (sederhana besar)
3/4 cawan mentega, dicairkan dan disejukkan (boleh digantikan dengan minyak)
4 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1 cawan gula
secubit garam

Cara-caranya
Tepung gandum diayak dengan baking soda. Pisang dilecek halus dan digaul dengan baking soda dan garam. Pukul telur bersama gula, masukkan mentega cair/ minyak. Kemudian masukkan tepung gaul rata dan kemudian tuangkan kedalam loyang yang telah disapu dengan mentega. Kukus selama 45 minit.






zira buat spagetti lada hitam nih utk sarapan beberapa hari yg lepas..sedap jugak walaupun simple masakan nih

Quote:


spageti berlada hitam ngan ayam....

Bahan2
spageti di rebus hingga lembut
3 sudu besar olive oil
1 sudu kecil bawang putih yg di blend
2 sudu besar bawang merah yg di blend
udang / ayam/ sotong - terpulang nak letak yg mana atau nak letak ke semua sekali
daun bawang
lada hitam di tumbuk kasar- ikut pedas mana kita nak
garam/gula

caranya
panaskan olive oil. tumis bahan2 blend + lada hitam hingga naik bau. masukkan udang. kemudian spagetti. tutup api dah last sekali masukkan daun bawang...






Wednesday, 9-Jul-2008 03:03 Email | Share | | Bookmark
::Tag lagi::

 
 
 
View all 6 photos...


Alahai kali nih zira kena tag lagi..thanks yer kak shariza http://mrsrijal4357.fotopages.com sebab telah menge'tag'zira..



macam mana kak shariza..puas ati tak dgn jawapan yg zira bagi tu
kali nih zira rasa macam nak bagi tugasan nih pada beberapa org yang ada nama kat sini..pada sesiapa yg dah buat tag nih sila abaikan jer..takper


Kak rinna : http://fazzarinna.fotopages.com
Kak azue :http://azueriena.fotopages.com
Shima : http://shima27.fotopages.com
Kak Madiha: http://mamawandiha.fotopages.com
Kak Meen: http://jasmeen.fotopages.com
umieaisyah: http://umieaisyah.fotopages.com
Kak zai: http://zbintim.fotopages.com


Ni antara kek yang dibeli sempena besdey emak dan adik² yg lepas..terpaksalah beli sebab nak buat dan hias sendiri tak reti..












Quote:
zai KuLiM ~ ala kak zai..jgn majuk na..tu zira dah masukkan nama akak sekali

MaDiHa ~ takper kak..kalau tak bz buatlah yer

ummi ~ tq kak ummi sudi masuk sini..alahai ciannya akak lapar plak..xpe kak tunggu berbuka nanti leh mkn puas²

FazaRina(RiNna) ~ takpe lah kak rinna..dh jwb bleh abaikan jer tag tu

umieaisyah ~ buat jgn tak buat tau..kali pertama jer..kali kedua xnak..

shariza ~ belum jumpa lg kak..

intan ~ insyaAllah..harap² mcm tu lah..

Tie ~ Ibu Wawanis ~ tq utk doa akak tu..harap² mcm tu lah

zai KuLiM ~ tq kak zai sbb jwb tag tu..

Azfa ~ lamanya zira tak nampak akak..bz ka?

kak nurul ~ takpe kak nurul..
shima ~ tak aci ler copy paste yg lama..

Hajar ~ belum sampai jodoh lg kot kak:-D


Tuesday, 8-Jul-2008 02:14 Email | Share | | Bookmark
::tako thai & ikan tongkol belah belakang::

 
 
 
View all 8 photos...
Balance tepung hon kwee masih banyak lagi..jadi utk tak membazir lebih baik kalau buat sesuatu..tapi angin malas ler pulak ..aci dak kalau buat tako tp buh dalam loyang.. ..jom kita tgk apa dah jadi pd tako thai nih..maaf yer tuan punya resepi..buat berdasarkan apa yg ada jer..teruk betul kan resepi nih amik dari buku resepi mana ntah..dah tak ingat..


Quote:


Tako Siam

Bahan² utk lapisan bawah


sebungkus tepung hon kwee(tepung yg dlm paket macam sagun,ada pelbagai warna so pilih warna hijau)
4 tin air (gunakan tin jagung)
1 cawan gula
1 tin kecil jagung whole kernel - bkn jagung berkrim {zira tak guna}

Bahan² utk lapisan atas

4 cawan santan
4 sudu besar tepung jagung
1 camca gula
secubit garam

Hiasan
1/2 kg sengkuang cina - dipotong dadu { zira tak guna}

cara membuatnya:

1.letakkan sengkuang cina ke dalam acuan yg diperbuat dari daun pandn berbentuk 4 segi
2.utk lapisan bawah:
campurkan semua bahan ke dalam periuk dan masak hingga pekat.kemudianmasukkan ke dalam acuan tadi.
3.utk lapisan atas:
masukkan santan,tepung jagung,garam dan gula ke dalam periuk dan kacau hingga pekat..kemudian tuang ke atas lapisan yg pertama tadi.
4.apabila telah siap sejukkan dan simpan dlm peti ais..








Yang ni pulak ikan tongkol belah belakang..nasib baik tak seksi ikan ni

Quote:


Ikan tongkol sumbat belakang

1 ekor ikan tongkol sederhana besar (belah belakang)
3sudu cili kering yg dah di blend bersama bwg besar dan sedikit belacan
3 helai daun kunyit dihiris halus
1 labu bwg besar dibelah 2 dan dipotong nipis
gula
garam

cara membuat:

1.ikan dl lumur dgn garam dan kunyit terlebih dulu.
2.masukkan cili,daun kunyit,bawang,gula dan garam secukup rasa
3.gaul semua bhaan tadi hingga bercampur
4.kemudian sumbat belakang ikan dgn semua bahan td
5.goreng hingga garing
6.selain ikan tongkol boleh juga kalo nk guna ikan kembung,ikan cencaru atau ikan lain








Quote:
shariza ~ yg zira buat nih saja nak perabiskan stok tepung tu..buat simple ja buh dlm loyang

leezbalezza ~ kuih tako selalu org buh dlm daun pandan tp zira nih malas sikit

Pabloiizetty ~ tq

jasmeen ~ boleh je kak nak buh dlm loyang pun tp tu lah tak cantik ar

kak nurul ~ lps nih blh try guna ikan lain pulak

MaDiHa ~ masakan simple jer kak..cara org malas+tak pandai masak

FazaRina(RiNna) ~ kat sini ptg² pun ada org jual kat pasar

Ezza ~

ida isk ~ amboi kak ida siap ada peti ajaib lg tu

shima ~ trylah shima..tp yg zira buat tu tak buh jagung ngan sengkuang pun..malas nk p beli..

srsfeqah ~ try jgn tak try..hehe

zai KuLiM ~ wah zai pun buat ikan belah belakang jugak..

Wak Kumis ~ rasa dia sama jugak wak cuma xda bau daun pandan la..

mamasya ~ org yg malas jer buh dlm loyang nih ..ikan tognkol pun sedap jugak buat camni..selalu sgt dah guna ikan cencaru..tukar selera plak..

<< jeff >> ~ time perut tgh lapar tgk apa saja pun mmg nampak sedap

umieaisyah ~ akak..mmglah tak nampak pasai zira tak buh pun jagung..cuba tgk kat resepi tu..zira dah tulis pun mmg zira tak buh sbb xda stok..

cek de sam ~ satu hari nanti jgn lupa try buat..sedap tako nih


Monday, 7-Jul-2008 11:33 Email | Share | | Bookmark
::Angkasawan Muda Negara & puding caramel::





Kali nih zira nak masukkan gambar angkasawan muda negara.sebenarnya dah lama jugak gambar ni terperap dalam komputer ni.nak update tak boleh sebab macam² masalah dengan server ni..geram betul kekadang tu tapi nak buat macam mana kan..gambar nih adik yang ambik masa dia pergi untuk majlis tersebut.hanya beberapa pelajar yang terpilih saja dari setiap sekolah yg dapat menghadiri majlis ni..adik zira yg kembar tu memang minat sangat dgn Dr Sheikh ni..Jom kita tangok gambar² yg ada tapi sorry lah yer sebab gambar tak berapa clear maklumlah kena zoom dari jauh..hehe

















Buat puding caramel utk minum petang..yg nih mmg favourite emak..buat satu loyang sekejap ja habis..rasa sedap tp rupa puding ni huduh sikit

Quote:


Puding Gula Hangus/ Karamel Gula Hangus
sumber: myresepi(yansani)

Bahan
1 cawan gula- dibuat gula hangus
6 biji telur saiz B
1 tin susu cair
1 tin air- guna tin susu cair
3/4 cawan gula kasar
1 s/b tepung kastard
1 s/k esen vanilla

Cara buat gula hangus
1. Masakkan 1 cawan gula dlm loyang. Guna api sederhana.
2. Bila gula dah nampak keemasan, masukkan sedikit air.
3. Kacau sehingga rata, dan tutup api.

Ketika ini bolehlah dipanaskan pengukus

Cara buat puding
1. Pukul telur dgn gula sehingga kembang, pastikan gula dah hancur.
2. Masukkan susu cair dan pukul lagi.
3. Masukkan air, tepung kastard & esen vanilla, pukul hingga sebati.
4. Tuang adunan puding ke dlm loyang gula hangus tadi.
5. Kukus selama 45minit hingga 1 jam.






Quote:
[b]shariza ~ mmg guna telur byk sikit sb tu xleh makan selalu puding nih

Eayda ~

watie ~ mmg ramai yg gemarkan laksa..jgn lupa buat puding ni yer

Pemancing Ikan ~ owh dok seberang perai ja ka..ingatkan kat mana

a passer-by Fazira_est_belle ~ time tak buka puasa pun best jugak mkn nih

amal5041.fotopages.com ~ owh kak amal dok kat sana jer ke...penah jugak sampai kat sana

ieda pahang ~ alahai kak ieda..naper tak jadi pulak..xpe akak bleh try lagi dan lagi sampai menjadi..zira pun dedulu buat tak jadi jugak

mama ca ~

umieaisyah ~ mmg x bleh buat selalup puding caramel ni..

sal ~ mmg glamer betul Dr Sms nih kak..ramai yg jadikan dia sbg idola dorg

intan ~ InsyaAllah harap dorg dptlah berjaya mcm idola dorg jugak..

ina ~ ibu Aiman + Arissa ~ try jgn tak try pulak

Farah Shrewsbury ~ mudah²an berjaya yer

FazaRina ~ la org kg akak ker..mesti dh selalu tgk nih

kak rus ~ buatlah kak rus lps tu antar kat sini sepiring

Pemancing Ikan ~

kuchai ~ boleh ke macam tu..

aishah@ummiaqil ~ biasa² ja tu..taklah pandai lagi..nk blajar boleh aja
[/b]


[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net