zira's FotoPage

By: zira

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  8  9  10  11  12  13  14  [15]  16  17  18  19  20  21  22  >  >>]    [Archive]
Friday, 13-Jun-2008 11:18 Email | Share | | Bookmark
::Selamat Hari Bapa::



Entry ni zira buat awal sikit sempena Hari Bapa pada hari ahad ni 15.6.2008..pada tarikh ni jugak adik zira yang kembar tu genaplah umur dorang 16 tahun..
Walau ape pun gelaran seorang ayah - abah, abi, papa, daddy, bapa, pak - ayah tetap seorang ayah. Tanggungjawab yang digalas tetap sama, amanah yang perlu dipelihara dan dijaga tetap sama.
Untuk semua pengorbanan insan-insan yang bergelar ayah.....terimalah doa kesejahteraan dan ucapan terima kasih. Semoga menjadi ayah yang terbaik, menjaga amanah yang Allah berikan dengan penuh tanggungjawab, dan dapat mendidik generasi pewarismu yang soleh serta solehah.

Untuk abah....semoga anakmu ini dapat membahagiakanmu sehingga ke akhir hayat. Titipan doamu untuk kejayaanku, jerih payahmu membesarkanku, pengorbananmu yang tidak ternilai, membuatku amat terharu. Semua itu tidak akan dapat dibayar dengan wang ringgit, tidak ternilai hatta dengan emas sekalipun.
Abah, terima kasih. I'm proud to be your daughter.....you're always there for me. Maafkan jika anakmu selalu membuatmu sedih. I love you so much abah.....mmmmmmuuuuuaaaaahhhhhh.



Quote:
Puisi dari Usman Awang - Mata Ayah

Kujabat mesra tangan ayah
Urat-urat daging-daging tua keras terasa
Mataku tersenyum, matanya menyapa
Anak yang pulang disambut mesra.

Tapi matanya, mata yang menatapku
Kolam-kolam derita dan pudar bulan pagi
Garis-garis putih lesu melingkungi hitam-suram
Suatu kelesauan yang tak pernah dipancarkan dulu.

Kelibat senyum matanya masih jua ramah
Akan menutup padaku kelesuan hidup sendiri
Bagai dalam suratnya dengan kata-kata siang
Memintaku pulang menikmati beras baru.

Anak yang pulang di sisi ayahnya maka akulah
merasakan kepedihan yang tercermin di mata
Meski kain pelekatnya bersih dalam kesegaran wuduk
Dan ia tidak pernah merasa, sebab derita itu adalah dia




Doa yang mustajab (doa yang diterima Allah S.W.T dengan cepat) antaranya adalah doa seorang ayah kepada anaknya. Doa ayah adalah doa yang paling mudah dikabulkan Allah. Jesteru, selalulah berdoa untuk anak anda. Bacakan surah Thaaha Ayat 1-6 dan hembuskan pada lehernya sewaktu ia menarik nafas untuk menjadikan anak itu anak yang baik.









Untuk sesiapa saja yang telah kehilangan seorang insan yang bergelar ayah..sama² lah kita berdoa agar roh mereka tenang bersemadi di sana dan di tempatkan mereka
bersama roh orang-orang yang beriman dan beramal soleh....amin...AL-Fatihah
kepada yang masih mempunyai ayah..hargailah ayah kita sementara mereka masih ada bersama kita..






Thursday, 12-Jun-2008 10:56 Email | Share | | Bookmark
Mee Hailam



Baru² ni buat mee hailam untuk makan² bersama keluarga..resepi ni ambil dari fp kak liza..terima kasih kak liza yer untuk resepi mee hailam tu.. zira buat guna bahan yg ada dalam peti sejuk je..isi udang memang zira tak buh sbb adik² zira memang tak makan udang..



Quote:


MEE HAILAM

Bahan-Bahan:
600 gm mee kuning
100 gm daging [hiris nipis]
100 gm isi ayam [hiris nipis]
100 gm udang
250 gm sawi hijau [potong kecil]
100 gm bunga kubis [hiris]
100 gm kobis [hiiris]
2 biji telur ayam
1 biji cili merah [mayang]
1 s/b lada hitam
3 s/b kicap pekat
3 s/b sos tomato
3 sudu besar minyak
1 cawan air
4 ulas bawang putih [ketuk]

bahan hias
3 batang daun sup ]
3 batang daun bawang ] potong pendek
garam [jika perlu]

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi.
2. Masukkan daging dan air. Biarkan sehingga lembut.
3. Bila daging dah lembut masukkan ayam dan udang. Kacau rata.
4. Masukkan kicap, sos tomato, lada hitam dan mee kuning . Kacau rata.
5. Masukkan bahan sayuran lain dan telur. Biarkan telur keras dan kacau perlahan-lahan.
6. Angkat dan masukkan dalam pinggan dan taburkan daun sup & daun bawang.

**zira tambah taugeh,carrot n jagung muda sikit








Tuesday, 10-Jun-2008 11:04 Email | Share | | Bookmark
Vadai,kuih sagu kelapa

 
 
 
View all 10 photos...
Baru² nih masuk fp kak madiha tgk ada kuih vadai nih..rasa teringin pulak nk makan sbb dah gak lama tak buat..sbb nk makan yg buat sendiri terpaksalah merajinkan diri..
zira guna resepi kak madiha jer..mintak izin copy paste resepi akak kat sini yer..
terima kasih banyak² utk kak madiha



Quote:


Vadai

Bahan-bahan :

300 g kacang dhal
1 bawang besar ~ didadu
1 cili merah ~ didadu
1/2 sudu kecil jintan manis
1 tangkai daun kari ~ dihiris nipis
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng

Kaedah penyediaan :

1. Rendam kacang dhal sekurang-kurangnya 4 jam. Mama rendam semalaman.
2. Tapis dan kisar halus 3/4 kacang dhal di dalam blender.
3. Campurkan kacang dhal yang telah dikisar dan tidak dikisar di dalam mangkuk.
4. Masukkan bawang, cili merah, jintan manis, daun kari dan garam secukup rata. Gaul biar sebati.
5. Basahkan telapak tangan. Letakkan sesudu bancuhan di telapak tangan, leperkan sedikit dan goreng di dalam minyak hingga kuning keemasan.
6. Hidangkan dengan cili hijau.








kali ni zira buat kuih sagu guna resepi dari myresepi..tapi versi kaler hijau pulak.yang nih zira tak kukus..sebelum nih ada zira buat kuih sagu kaler merah.tapi yang tu zira tak buat cara mcam ni.yang tu zira kukus..so kali ni nk try masak macam ni pulak..tgk apa yg jadi..


Quote:


Sagu_kelapa
sumber:syahmi@myresipi.com>>>thanks

Bahan-bahan


* 1 cawan sagu (basuh dan tos)
* 1 cawan gula
* 2 cawan air
* Pewarna hijau,esen pandan sikit
* Kelapa parut digaul dengan garam

Cara-cara

1. Masak gula dengan air hingga gula larut.
2. Titikkan pewarna.
3. Masukkan sagu dan kacau hingga mendidih & sagu pun nampak jernih.
4. Tuang kan dalam bekas dan sejukkan.
5. Bila benar2 sejuk, potong dan terus gaulkan dengan kelapa parut.
6. Siap untuk dihidang.






Monday, 9-Jun-2008 12:03 Email | Share | | Bookmark
Tag ,sambal petai udang



Kali ni zira nak jawab tag dari kak azue http://azueriena.fotopages.com..maaf yer kak, zira lambat sikit jawab tag nih..antara dua pilihan yang diberi zira pilih untuk jawab tag purse.. ..apa pun zira doakan semoga akak selamat menjalani pembedahan dan sihat seperti sediakala..

Jom kita tengok apa yang ada dalam purse buruk zira




kad bank,ic,lesen..nama ja ada lesen tp zira tak berani nk drive kereta..dok bawak motor ja..






untuk kali ni semua org selamat sbb zira xnak tag sesiapa..rasanya ramai dah kena tag ni..tapi pada sesiapa yang rasa rajin nak buat tag ni dipersilakan..







Quote:


Sambal Petai udang

Bahan
udang
petai-zira tak buang kulit

Bhn kisar
Bwg merah
Bwg putih
Bwg besar
Belacan
Cili kering


Air asam jawa-sikit ja
Garam n gula


Cara

Tumis bahan tumbuk hingga wangi dan garing.
Masukkan air asam jawa.
Masukkan udang,petai,
Akhir sekali masukkan garam gula..





Quote:
<< jeff >> ~ hehe..tgk fp org lain pun ramai yg buat sambal petai ni..tu yg teruja nk buat jugak
Intan ~ kembung dgn coins jer tu..
shariza ~ skrg tinggal yg warna biru tu jer
Haniss ~ paberet zira jugak
boxhousestudio ~ aik..bkn akak ker yg nk masak utk zira..akak lg terer bab masak² nih..zira ni baru nk blajar
Tie ~ haha..malu nk buh gambar sendiri.. ..tp rasanya pernah buh dah pic kat entry belakang² tu
srsfeqah ~
mamaella ~ salam akak..tinggal kulit udang je rasanya..hehe
umieaisyah ~ lesen keta simpan wat pekasam..zira mmg tak brani nk bwk keta..huhu


Friday, 6-Jun-2008 11:46 Email | Share | | Bookmark
hantaran dan pantai



Cepat sungguh masa berlalu..pejam celik dah hampir habis musim cuti sekolah selama 2 minggu nih..memang banyak sungguh jemputan untuk majlis perkahwinan..asyik pergi majlis kawen org jer..majlis sendiri ntah bila..hehe..kena cari calon dulu nih..
jom kita tgk pic pantai kat terengganu dan hantaran majlis perkehwinan di terengganu
tak banyak pic yg boleh zira share kat sini.. tahniah untuk semua yang telah menjadi Raja Sehari..semoga hubungan tersebut akan kekal haingga ke akhir hayat..amin



























[<<  <  8  9  10  11  12  13  14  [15]  16  17  18  19  20  21  22  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net