zira's FotoPage

By: zira

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Thursday, 25-Sep-2008 06:06 Email | Share | | Bookmark
::Menu Berbuka::

Salam..hari nih dah masuk hari ke-25 kita semua berpuasa..sekejap saja masa berlalu
Mungkin dah ramai yg akan pulang ke kampung esok..semoga selamat sampai ke tempat yang di tuju

Antara menu berbuka puasa semalam dan beberapa hari yg lepas...bz dengan sekut raya sampai tk sempat nk upload kat sini..

Nasi ulam kedah dengan asam pedas keladi..resepi dah ada kat link tepi tu yer







Kurma dan limau bali..masam sikit limau nih..



Murtabak


Kuih muih beli kat PARAM




Wednesday, 24-Sep-2008 02:47 Email | Share | | Bookmark
Biskut Raya Lagi

 
 
 
View all 6 photos...
Salam..hari nih dah 24 hari kita berpuasa..tinggal lagi 6 hari jer untuk kita menyambut syawal pulak..rasa sedih ler pulak bila ramadhan dah tiba ke penghujung..tahun depan entah sempat atau tak kita nak sambut ramadhan lagi..zira pun dah siapkan semua biskut raya untuk raya nanti..lepas nih boleh tutup buku dah..

Biskut tembikai resepi dari gadis aries..terima kasih tuan punya resepi..sila abaikan rupa tembikai yg tak menjadi tu..huhu..huduh betul rupa biskut tu..


Quote:


BISKUT TEMBIKAI [gadis_aries]
Bahan-bahan
150 g gula kastor
250 g mentega
1 biji kuning telur Gred C
1 sudu besar susu pekat
290-320 g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
secubit garam
sedikit pewarna merah dan hijau
2-3 sudu besar bijan hitam
Paper cups
1 biji putih telur (utk menyapu doh agar ianya melekat...tapi Aries tak pakaipun putih telur)

Cara membuatnya
Pukul gula dan mentega hingga sebati, masukkan kuning telur dan susu pekat. Putar lagi hingga rata.
Bubuh tepung gandum yg sudah diayak dengan serbuk penaik dan garam.
Uli perlahan menjadi doh.
Bahagikan 3 bahagian, ambil 2 bahagian dan campurkan dengan bijan hitam dan pewarna merah. Ambil baki doh, campurkan dengan pewarna hijau.
Buatkan bebola kecil dengan doh merah.
Canai doh hijau setebal 3 mm. Sapu sedikit putih telur pada bebola merah kemudian salutkan dengan doh hijau.
Simpan seebentar di dalam peti sejuk (supaya mudah memotongnya). Belah 4 bebola tadi dan atur di dalam paper cups dan barulah di letak di atas tin pembakar.
Bakar pada suhu 160 C selama 20-25 min atau hingga masak.

* Peringatan
Masukkan tepung sikit² dulu....Lagi satu Aries nak ingatkan..selepas potong mesti atur kat paper cups baru lah di bakar...kalau lepas potong adunan tu letak terus di atas tin pembakar...haizzzz....ianya akan menjadi besar 2 kali ganda size nya nanti...pasal mula² Aries buat jadi mcm tu
[/b



[b]Nih pulak biskut cornflakes dari Sue FNR..memang sedap rasa biskut nih..

Quote:


Biskut Cornflakes
sumber : Sue FNR

Bahan-bahan :-
180 gm tpg gandum
150 gm mentega
80 gm gula aising
50 gm tepung jagung
1 bj kuning telur
80 gm cornflakes Nestle, dihancurkan [ramas dgn tangan atau blend kasar pun boleh]
1/2 sdt serbuk penaik


Cara-cara :-
1. Satukan tepung gandum dan serbuk penaik dan diayak. Ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula sehingga berkrim. Kemudian masukkan kuning telur dan pukul lagi.
2. Masukkan cornflakes dan tepung jagung ke dalam adunan mentega. Uli adunan sambil masukkan tepung gandum yang telah diayak sedikit demi sedikit. Rehatkan adunan sebentar jika adunan lembik.
3. Kemudian, bulat-bulatkan adunan sebesar guli atau mengikut bentuk kesukaan anda. Jika hendak gaul dengan lebihan cornflakes pun boleh juga.
4. Susun adunan di dalam loyang pembakar dan bakar lebih kurang 15 minit atau sehingga masak. Sejukkan dan boleh disimpan di dalam bekas.



Nih pulak biskut nestum berkismis resepi dari fp Tulip77 sedapp

Quote:

Resepi : Biskut Nestum Kismis,sheila rusly

Bahan-bahan :
250g butter
100g kismis
3 cawan tepung gandum
3 cawan nestum
1 1/2 cawan gula halus
2 biji telur saiz A

Cara-cara :
Pukul butter dan gula hingga kembang.
Masukkan telur esen vanilla, pukul lagi.
Masukkan tepung dan nestum, gaul.
Masukkan pulas kismis dan uli adunan ikut bentuk yg digemari.
Bakar pd suhu 180 selama 20 minit.




Tuesday, 23-Sep-2008 03:36 Email | Share | | Bookmark
Biskut Raya Lagi

 
 
 
View all 6 photos...
Demam biskut raya tak abis lagi nih.. ..ada beberapa jenis yg sempat zira buat..

Almond London resepi dari Mat Gebu terima kasih yer..mintak izin tepek resepi tu kat sini sebgai rujukan di masa depan


Quote:


Almond London
Sumber:Mat Gebu

Bahan Utama:-
125 g mentega
75 g gula aising
1 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
225 g tepung gandum*
1 camca teh emplex*(*disatukan dan diayak)
335 g badam berkulit, digoreng hingga kuning keemasan, toskan atas paper towel

Bahan Lain:-
300 g coklat masakkan (mat guna coklat masakan jenama "tulip")
1/2 camca besar lemak sayur
Badam cincang secukupnya, disangai hingga kuning keemasan
Paper cup saiz kecil secukupnya

Cara membuatnya:-

1. Satukan mentega dan gula aising, kacau hingga sebati, masukkan kuning telur dan esen vanilla, terus memukul hingga berkrim.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh yang lembut. Tutup doh dengan tuala lembap. Ambil sedikit doh, kurang lebih 3/4 camca teh dan salutkan doh tadi pada sebiji badam. Buat hingga habis.
3. Bakar dalam oven pada suhu 150C selama 10 - 12 minit. Sejukkan atas jaringan. Cairkan coklat secara double boiler (meletak mangkuk tahan panas berisi coklat masakan di atas periuk air mendidih). Bila coklat cair, masukkan lemak sayur dan kacau rata.
4. Ambil sebiji biskut yang "botak" tadi, masukkan dalam peper cup dan sudukan coklat masakkan hingga memenuhi biskut. Tabur sedikit badam cincang dan susun dalam bekas. Buat seterusnya dan susuh rapat2 anrata satu sama lain, tujuan untuk menjadikan biskut sedikit bujur bila coklat mula membeku nanti. Buat hingga habis dan biar coklat betul2 beku, baru simpan dalam bekas kedap udara....selamat mencuba!!!!



Yang nih pulak biskut Green Lace resepi dari fp Maklang memang sedap biskut nih..tapi zira buat simple ja malas nak drizzle coklat kat atas biskut tu..

Quote:


Green Lace
Sumber : baya

Bhn A
120 gram butter
20 gram shortening
80 gram gula kastor
1 sudu the perasa pandan

Bhn B
140 gram tepung gandum
30 gram tepung arrowroot (tepung sagu)
¼ sudu teh baking powder
¼ sudu teh garam
30 gram serbuk biskut marie (putih)
20 gram serbuk hazelnut/gajus (mklang guna hazelnut) >>>zira guna badam jer

Cara
1. sebatikan semua bahan A
2. masukkan bahan B dan adun sehingga menjadi dough yg lembut
3. canai, terap dan bakar
4. keluarkan dari oven dan hiaskan



Yang nih pulak maruku resepi dari mak..senang jer nak buat..cuma kena rajin ler sikit..huhu

Quote:


Maruku

1 paket tepung kacang kuda
1 paket tepung pulut
sedikit lemuju
sedikit jintan manis
sedikit udang kering
serbuk rempah kari secukupnya
garam
1 biji telur
air secukupnya
sedikit majerin

Cara Membuat:
1.Udang kering,lemuju,jintan manis di blender hingga halus
2.Di dalam satu bekas satukan tepung pulut dan tepung kacang kuda dan majerin..gaul hingga bercampur.
3.Kemudian boleh masukkan bahan yg di blender,telur,rempah,garam secukup rasa.
4.Masukkan air sedikit² da uli hingga menjadi doh..
5.Masukkan ke dalam acuan maruku dan goreng hingga masak.



Monday, 22-Sep-2008 02:30 Email | Share | | Bookmark
::Projek Biskut Raya::

 
 
 
View all 6 photos...
Salam..hari nih dah hari ke-22 kita berpuasa..cuma tinggal lebih kurang 8 hari jer lagi nak raya kan..tengah bersemangat buat kuih raya sekarang nih..ada la salam dua tiga jenis..

Tat nenas nih sedap..guna resepi dari Kak Liza terima kasih kak liza..zira copy paste resepi tu kat sini yer kak


Quote:


TAT GULUNG

Bahan
60 gm butter
190 gm majerin
70 gm gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla
350 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung

Jem Nenas..

boleh dibeli dikedai bahan kueh/kek
atau..
1 biji nenas ] blend dan masak sampai pekat baru + gula
1/2 cawan air ]
1 cawan gula

Bahan Glaze/pengilat
2 kuning telur
2 s/kecil air
pewarna kuning

Cara.
1. Gaulkan butter,majerin dan gula supaya rata.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul sehingga rata.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yg telah diayakkan.
4. Gaulkan sehingga rata dan sebati.
5. Gunakan acuan Nestar dan pamkan adunan.
6. Kepalkan jem nenas sebesar biji kurma.
7. Letakkanjem nenas diatas adunan dan gulungkan.
8. Masukkan adunan biskut dalam acuan kertas.
9. Sapukan dengan bahan glaze tadi.
10. Bakar dalam oven suhu 180'C sehingga kuning keemasan atau masak dalam 20 minit.
11. Bila telah masak, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.




Biskut sarang burung nih pulak memang sedap dan menarik..zira amik resepi dari fp Kak Haniss terima kasih kak
psstt kak hanis..jadi dak sekut yg zira buat nih ek?tak cantik macam akak buat lorr


Quote:


Biskut Sarang Burung
Sumber : Baya

Bahan-bahan
2/3 cawan butter
1/3 cawan gula
2 kuning telor
1 sudu teh esen vanilla.
1/2 sudu teh garam
11/2 cawan tepung serbaguna-haniss tambah lagi 1/4 cwn sbb masih adunan masih melekat ditangan.
2 putih telor, dipukul sedikit.
3/4 cawan badam yg dipotong memanjang.
1/3 cawan strawberry jem.- letak ceri jer
2 sudu besar serbuk badam - tambahan
1 sudu besar coffee Mate - tambahan juga

Cara Membuatnya
1. Panaskan oven 350 degrees F (175 degrees C).
2. Dalam bekas yg besar, Campurkan butter dan gula dan pukul sehingga sebati. Pukul kuning telor, vanilla, dan garam . Kemudian masukkan tepung sedikit -sikit.
3. Bentukkan doh kepada 3/4 inch bola. Dip in kedalam putih telor yg telah dipukul sedikit, kemudian rollkan kedalam badam yg dipotong memanjang. Letakkan diatas dulang pembakar/ jarakkan 1 inci. Tekankan ditengah doh dengan munggunakan jari ( membentuk sedikit lubang)
4. Bakar selama 15 to 17 minutes, sehingga sedikit perang. Sejukkan, sebelum dihidangkan penuhkan tengah biskut dengan strawberry jem.





Quote:
Sempena kedatangan syawal tak lama lagi zira nak berikan kad raya ni pada semua rakan² fotopages dan blog yang sudi singgah kat sini..sila ambik dan gantung kat 'umah' masing² yer..zira nak mohon maaf andai ada kesalahan yang telah di lakukan selama ni yer..






Friday, 19-Sep-2008 02:27 Email | Share | | Bookmark
Menu Berbuka & Kad Raya

 
 
 
Salam..hari nih dah masuk hari ke-19 kita berpuasa..cepat sungguh masa berlalu..diam tak diam dah nk sampai ke penghujung ramadhan..marilah kita sama² pertingkatkan amalan di 10 malam terkahir ni..semoga semua amalan kita di bulan mulia ni di terima ALLAH..mesti ramai yg dok pulun bakar biskut raya dah sekarang nih..kat bawah nih anatara menu untuk berbuka..buat yang simple² saja..

Pisang goreng



Kerepek Pisang



Cucuq Badak..resepi boleh amik kat SINI


Nih pulak award dari Kak Zai Kulim tahniah buat akak sebab dah berbadan dua sekarang nih..jangan lupa jaga kesihatan dan kandungan tu baik² yer.. terima kasih yer kak utk award tu



Sempena kedatangan syawal tak lama lagi zira nak berikan kad raya ni pada semua rakan² fotopages dan blog yang sudi singgah kat sini..sila ambik dan gantung kat 'umah' masing² yer..zira nak mohon maaf andai ada kesalahan yang telah di lakukan selama ni yer..



[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net