zira's FotoPage

By: zira

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Thursday, 18-Sep-2008 06:29 Email | Share | | Bookmark
Award & Tag

Alahai ingatkan bulan posa nih terlepas lah dari kena tag..rupanya jangkaan ku meleset apa pun terima kasih yer kak nurul sebab bagi zira homework nih..zira nak submit awal² h/work nih..takut nanti terlupa pulak nak siapkan

Tag dari Kak Nurul


Quote:
1. Nama timangan >>

~~Adik beradik semua panggil Kak Caq ja kat umah..mak ngan abah pulak panggil kakak je
~~Kengkawan pulak panggil zira

2. Saya seorang yang >>

~~Mudah terasa,sensitif la kot
~~Mudah mengalirkan airr mata >>kadang² tgk citer sedih pun laju jer keluar air mata nih.hikhiik
~~Cepat kesian pada org yang susah terutama sekali golongan tua
~~Pendiam ,pemalu terutama org yg belum kenal..bila dah kenal jadi peramah ler pulak..
~~Suka mencuba resepi² yg ada..

3. Insan2 teristimewa >>

~~Emak,abah dan adik² serta ahli keluarga yang lain
~~Kawan² yang begitu memahami diri ini

4. Makanan>>
~~Suka makanan yang pedas²..kalau tak pedas susah sikit nak telan..hehe
~~Semua makanan yang halal la


5. Favourite colour >>
~~Paling suka kaler biru..tiap² tahun baju raya mesti ada kaler biru

6. Favourite song >>
~~Tak kisah lagu apa pun asalkan sedap telinga mendengar

7. Benda yg membuat anda stress >>
~~Bila fikir masalah keja
~~Bila ada org suka mungkiri janji

8. 3 benda dalam wallet>>
~~Paling penting kad pengenalan dengan lesen
~~Dah tentulah duit
~~Kad bank

9. Kali terakhir menangis beriya-iya>>
Rasanya kali terakihr menangis beriya-iya nih masa dapat berita kehilangan insan yg pernah bertakhta di hati ni..
memang masa mula² tu tak dapat nak terima apa yg terjadi..Alhamdulillah sekarang dah redha dengan apa yg berlaku


Harap akak berpuas hati yer dengan jawapan yang di beri tu..zira nak panjangkan tag nih kepada:

Kak Murni
BungaLawang
Embun
Rozamy
Kak Mira



Kat bawah nih zira nak gantung award² yang zira dapat dari kengkawan yang begitu pemurah nak bagi award nih ..terima kasih semua

Award dari Adik Syafiq






Award dari Kak Rinna






Wednesday, 17-Sep-2008 09:07 Email | Share | | Bookmark
Award & Menu Berbuka

Salam..tak sangka pulak zira dapat lagi award dari EMBUN apa pun terima kasih yer embun sebab sudi jadi kawan zira mmg zira respect betul kat embun nih sebab walaupun dok bujang tapi rajin beno memasak



Kat bawah nih pula antara menu untuk berbuka zira sekeluarga..hujung² ramadhan nih mood nak masak pun kurang dah..masak pun yang simple² jer..

Buah Melaka..resepi dah ada kat SINI tapi yg nih zira buat plain tak buh pun pewarna hijau tu..





Nih pulak gulai rebung+ayam..memang favourite mak dgn abah nih..resepi boleh tgk kat SINI sama jer cara masak dia cuma kali nih zira tambah ayam saja..kalau xnak buh ayam boleh jugak buh udang,ikan bilis,daging atau lain² yang sesuai..



Dan yang nih pulak buat agar² sirap sebagai dessert..rasanya senang ja nk buat nih..x payah letak resepi lah yer..malas nak menaip sebenarnya..hikhik


Tuesday, 16-Sep-2008 06:07 Email | Share | | Bookmark
Biskut Raya

 
 
 
View all 6 photos...
Antara biskut raya yang dah siap..buat yang simple² saja..
Biskut Snow Almond nih amik resepi dari fp MAKLANG..tima kasih yer maklang..mmg sedap biskut nih..


Quote:


Snow Almond (resepi fp maklang)
Sumber : Majalah SAJI

Bahan A
110 gm mentega
1/2 sdb shortening
50 gm gula kastor
1/2 sdk esen kopi (takder, mklang guna vanila je)
1/2 bj kuning telur

Bahan B
110 gm tepung gandum
25 gm nestum [kisar]
1 sdb coffeemate (mklang guna susu tepung jer...susu baby pun boleh gak)
35 gm tepung ubi
20 gm serbuk badam

Bahan Hiasan/
serbuk roti putih [breadcrumb]
coklat masakan

Cara-cara:-
1. Pukul mentega, gula kastor dan shortening sehingga sebati. Masukkan esen kopi dan kuning telur. Gaulkan rata.
2. Satukan kesemua bahan B dan masukkan ke dalam adunan A tetapi sedikit demi sedikit dan ratakan.
3. Uli dan canai doh. Kemudian terapkan.
4. Bakar pada suhu 175'C selama 20 minit.
5. Setelah sejuk, celupkan ke dalam coklat masakan. Selepas itu, golekkan pula ke dalam serbuk roti putih

Nota maklang : adunan skit...jadi nak banyak doublekan aje..,adunan lembik so mklang tambah tepung skit demi skit sehingga dapat utk diterap..



Yang nih pulak biskut poppy seeds resepi dapat dari Kak Lisha..terima kasih sebab sudi berkongsi resepi nh yer kak

Quote:


BISKUT KELAPA POPPY SEEDS (resepi dari Kak lisha)

Bahan
1 buku butter (salted)
150 gm gula kastor
1 kuning telur
1 s/k esen vanilla
2 cawan kelapa kering [ cap King]
1/2 cawan serbuk badam
1 1/4 cawan tepung ubi ]
1 cawan tepung gandum ] ayakkan bersama
1/2 cwn bijan hitam

Cara
1. Gaulkan butter dan gula sehingga sebati.
2. Masukkan kuning telur san esen vanilla dan kacau rata.
3. Masukkan bahan kering berselang seli dan gaulkan rata.
4. Bentukkan mengikut kesukaan sendiri.
5. Bakar dalam suhu 170'C selama 15 minit atau sampai nampak masak.
6. Sejukkan



Dan yang nih resepi dari KAK LIZA terima kasih yer kak..memang sedap biskut nih..tiap tahun zira buat nih



BISKUT COKLAT CIPS RANGUP

Bahan A
125 g butter
125 g majerin
1 sudu besar shortening
160 g gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla

Bahan B [gaul rata]
230 g tepung gandum]
20 g serbuk koko ] ayakkan
100 g coklat cips
50 g white coklat cips [boleh gantikan dgn coklat rice]
50 g badam cincang [roasted]
50 g nestum

Cara
1. Gaulkan butter, majerin, shortening dan gula sehingga sebati.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau rata.
3. Masukkan bahan B perlahan dan kacaukan dengan senduk kayu.
4. Sudukan adunan kecil2 [besar guli] dalam loyang.
5. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 180'C selama 25 minit atau sehingga masak.
6. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara



Monday, 15-Sep-2008 06:52 Email | Share | | Bookmark
Menu Berbuka

 
 
 
View all 5 photos...
Salam semua..dah masuk hari ke-15 kita berpuasa..hari nih tak berapa sihat..nak apdet fp pun rasa malas jer..tapi terpaksalah apdet jugak..

Quote:


Gulai Daging

* 1 kg daging
* 1 labu bawang – di cincang halus
* 2 ulas bawang putih – di cincang halus
* 2 kuntum bunga lawang
* 2.5 cm kulit kayu manis
* 2 biji buah pelaga ( ambil bijinya )
* 2 tangkai daun kari
* 3sudu rempah kari daging – di campur dgn sedikit air – jadikan pes
* 2mangkuk santan cair
* 1/2 mangkuk santan pekat
*2 sudu kerisik
* 3 biji ubi kentang ( di kupas dan di hiris kasar )
* garam secukupnya

Cara-cara

1. Potong daging ikut tebal yg di kehendaki
2. Panaskan minyak di dalam periuk.
3. Tumis bawang, bawang putih,b.lawang,kulit kayu manis dan buah pelaga hingga keperangan.
4. Bubuh daun kari,kerisik dan pes kari. Masak atas api perlahan sehingga wangi.
5. Tuangkan sedikit santan cair ke dalamnya jika rempah melekat pada periuk.
6. Campurkan daging dan kacau sampai airnya agak kering.
7. Masukkan pula santan cair dan biar menggelegak. Kemudian tutup periuk dan renehkan selama ½ jam atau hingga daging empuk.
8. Bubuh pula kentang dan masak sampai empuk.
9. Akhir sekali masukkan garam dan santan pekat , gaul sehingga sebati. Apabila kari menggelegak semula angkat dari api.





Quote:


Inti Popia

sayur campur
daging - direbus bg empuk dulu
1 kiub pati ayam
cili padi - di cincang halus (ikut pedas masing²)
bawang besar & bwg putih- di potong dadu
sedikit garam

tumiskan bwg besar dan putih hingga layu..kemudian masukkan daging,sayur campur,cili dan kiub pati ayam..masak hingga sayur campur lembut sedikit..masukkan garam..

***sejukkan dulu inti..kemudian baru balut dengan kulit popia..buat macam biasa






Dapat award nih dari Kak Aisyah terima ksih yer kak sbb sudi bagi zira award nih



Zira nak berkongsi award nih dengan semua kengkawan yang sudi singgah kat fp zira nih..jgn malu² yer.sila ambik dan gantung kat 'umah' masing²..



Saturday, 13-Sep-2008 02:18 Email | Share | | Bookmark
Kuih Cara Pedas & Biskut Sarang Semut

Buat biskut sarang semut guna resepi dari Kak Liza..memang sedap biskut nih..nak buat pun senang taklah renyah sangat..macam biasa lah mintak izin copy paste resepi tu kat sini yer kak liza..terima kasih

Quote:

BISKUT SARANG SEMUT

Bahan

250 gm butter
100 gm gula halus
350 gm tepung gandum.....]
100 gm tepung jagung.......] di ayak
1 biji kuning telur
1 s/teh esen vanilla

hiasan
Sedikit coklat rice
sedikit manik gula kecil(warna-warni)
secukupnya paper-cup kecil

Cara
1. Pukul kembang butter dan gula.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata.
3. Masukkan tepung dan gaul rata.
4. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan sudukan kedalam paper-cup.
5. Taburkan coklat rice dan manik gula kecil.
6. Bakar dalam oven dgn suhu 180’C sampai masak (anggaran 15 minit).
7. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.




Yang nih kuih cara pedas..guna resepi dari Kak Liza jugak..hikks..sedap walaupun rupa dia tak cantik..ish²..

Quote:

KUEH CARA PEDAS/BERLAUK
sumber : Kakliza

Bahan Inti

1 cawan daging/ayam kisar
1 labu bawang besar ..potong dadu kecil
1 ulas bawng putih....cincang halus
1 s/b rempah kurma
1 s/k minyak utk tumis
garam

daun bawang.......mayang kecil ]
cili merah.......hiris halus ] hiasan

Daun pandan dipotong 2 dan carikkan sebagai berus
untukmenggris acuan kueh cara

Cara masak inti
1. Tumiskan bawang dan rempah sehingga wangi.
2. Masukkan daging/ayam & garam dan biarkan mendideh dan kering.
2. Bila telah kering..angkat dan sejukkan.


Bahan untuk adunan bater:

2 cawan tepung
1 cawan santan
2 cawan air
1 biji telur
garam
pewarna kuning

Cara membuat kueh:
1. Blendkan/gaul rata semua bahan dan tapiskan.
2. Masukkan sikit adunan dalam teko yg muncung panjang
[senang nak tuang kedalam acuan kueh cara]
3. Minyakkan acuan kueh cara dengan berus daun pandan yg disediakan
4. Tuangkan adunan
5. Masukkan sesudu kecil inti daging yg disediakan
6. Taburkan hirisan cili merah dan daun bawang. Tutupkan adunan dgn tudung
periuk kecil
7. Bila agak dah masak.. angkat dan hidangkan.




Dapat award friendship dari kak wawa yg comel itu..hehe..terima kasih yer kak..semoga persahabatan kita berkekalan walaupun cuma di alam cyber saja..bila lah dapat jumpa kan..







[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net