zira's FotoPage

By: zira

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]
Monday, 18-Aug-2008 03:31 Email | Share | | Bookmark
Gulai Ayam Kampung & Sup Ayam Kampung

 
 
 
View all 6 photos...
Kebelakangan nih hujan jer tiap² hari kat sini..sedap jugak kalau dapat hirup sup panas²..Sabtu lepas tok(nenek) ada bagi 2 ekor ayam kampung..dia suruh sembelih dan buat sup dengan gulai...dia nak buat sendiri memang dah tak larat..memang renyah sikit lah kalau nk makan ayam kampung ni sebab nak kena sembelih sendiri lepas tu nak kena proses sendiri ayam tu..zira tolong mana yang patut jer.. ..kali nih mak yang masak sendiri..zira cuma tolong sediakan bahan² nak guna jer.. ..tak patut betul kan.. kali nih takde resepi sebab bukan zira yang masak..jadi tukang kacau jer mana nak tau resepi kan

Gulai ayam dengan sengkuang


Sup ayam



Bihun Sup Ayam Kampung





Saturday, 16-Aug-2008 03:15 Email | Share | | Bookmark
Masjid Zahir, Alor Setar

 
 
 
View all 8 photos...
Gambar masjid zahir yg sempat di ambil masa dalam kereta jer..





Untuk Renungan Kita Bersama
Quote:
Mukjizat Azan

Pesanan Semasa Mendengar Azan...

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.... lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.

Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak .

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami.
Amin ..amin..amin Yarobbal a'lamin.."

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;
Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wang RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid,
tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu
lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan
bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang
berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya .
wallahhualam...











Quote:
Nisfu Syaaban

Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:


Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."
Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1.Solat sunat nisfu sya'aban - terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini

Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya
i) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman

3. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban)


Disusun dengan bantuan Ustaz Abdul Kareem As-Saquofi

Arkib dari Risalah Surau Malabar Hidayatul Islam



Friday, 15-Aug-2008 02:12 Email | Share | | Bookmark
::Kuih Onde² & Kerabu Tauge + perut::

 
 
 
View all 6 photos...
Salam semua..ari ni kita tengok jer apa yg sempat di masak..menu bodo² jer..semua orang reti buat..tapi zira tetap buh jugak resepi kat sini untuk rujukan diri sendiri pada masa depan ..sila abaikan gambar atau editing yg tak menarik tu..tak pandai lagi.. baru nak blajar² jadi memang tak boleh lah kalau nak bandingkan dgn org yang dah terer..








Quote:


Kerabu perut+taugeh

Bahan-bahan:

500 gm perut lembu
taugeh

bahan giling(blender)

* 3 ulas bawang merah
* 5 biji cili padi
* 1 biji cili merah
* 1 inci halia
* 1 inci lengkuas
*2 batang serai
* 1 ulas bawang putih
* 1/2 tsp belacan

Bahan kuah

* 1 mangkuk santan {terpulang banyak mana kuah yg di kehendaki}
* 3 tbs air asam jawa
* 2 tbs kerisik
* garam

Cara²

1.Perut di bersihkan dan di rebus hingga empuk..kemudian di hiris.
2.Taugeh juga di bersihkan.
3.Gaulkan rata semua bahan dan rasakan masam dan masinnya.







Thursday, 14-Aug-2008 11:28 Email | Share | | Bookmark
::My Family::

Salam..rasanya hari nih malas nak citer pasal makanan nih..Asyik makanan jer hari² nanti orang boring pulak kan ..jom kita tengok jer gambar yang zira jumpa dalam simpanan nih..gambar lama dah nih..terperam ja dalam komputer nih..



Yang nih emak dengan abah tersayang


Yang tudung hitam tu adik zira yang no 2.. kami semua 4 beradik jer..




Yang kat bawah 2 org nih la adik kembar zira..baru tingkatan 4 tu..tapi skrg sekolah lain²..




Quote:
Pada sesiapa yang tak puas ati pasal pic nih zira mintak maaf ok..org tak pandai camni jerlah..edit pun ntah apa².. lagi satu mmg zira dah resize pic nih bg kecik pasal kalau besar nanti lambat pulak nak loading pic nye..


Wednesday, 13-Aug-2008 11:39 Email | Share | | Bookmark
Kentang Goreng & Paprik Ayam

 
 
 
View all 6 photos...
Salam semua..hari nih buat bekpes simple ja..goreng kentang pastu cicah dgn mayo berempah jer.. ..nasib baik lah mak dgn abah pun boleh jer telan kentang nih pepagi ..pastu menu ayam paprik tu saja buat sbb nak abiskan stok ayam yg tinggal lagi dua tiga ketul jer..semua menu tu simple jer..semua org pun tau buat kan.. malasnya nak menaip panjang² nih..lenguh jari aci macam tu?



Quote:

Kentang goreng

6 biji kentang - dibelah 6
1/2 cwn tepung beras
1/2 cwn tepung gandum
2 sudu rempah kari
sedikit garam
sedikit lada sulah
air secukupnya utk bancuh tepung(jgn cair sgt)

cara²:

1.Rebus kentang hingga lembut sedikit..kemudian toskan air rebusan td.
2.Kemudian dalam satu bekas boleh masukkan tepung² td,rempah,lada sulah,garam dan air..bancuh jgn terlalu cair..biar pekat sedikit supaya tepung td melekat pada kentang.
3.Panaskan minyak dan celupkan kentang ke dalam tepung td dan goreng sampai garing keemasan.

Kentang nih boleh di makan bersama mayonis..zira campurkan mayonis dan rempah kari..gaul bg rata..sedapp






Quote:

Paprik Ayam

Bahan-bahan

* 4 ketul isi ayam - dipotong kecil2
* 4 ulas bwg merah - ditumbuk
* 2 ulas bwg putih - ditumbuk
* 1 labu bwg besar - dimayang
* 2 btg serai - dititik
* 2 biji buah tomato - dipotong 4
* 5 biji cili padi - di belah 2
* bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
* sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
* bahan2 perasa
*daun limau purut & serai

Cara-cara

1. Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing).
2. Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
3. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur- sayuran.
4. Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.




[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net