zira's FotoPage

By: zira

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 26-Feb-2008 10:58 Email | Share | Bookmark
Geram

 
 
 
 
 
Salam buat semua pengunjung fp zira yg tak seberapa nih..lama jugak xleh nak jenguk sini sebab tak boleh nak online..hampir seminggu jugakla..tak bertanggugjawab betul org yg mencuri kabel kat sini..di sebabkan perbuatan tak bertangungjawab si pencuri semua kawasan kat sini tak bleh guna internet..geram betul..
tapi walau apa pun terjadi kita kena banyakkan bersabar..akhirnya hari nih dpt kembali online seperti biasa..jom kita tgk gambar kuih serimuka yg di buat utk sarapan pagi..resepi nih di ambil dari fp kak liza..sedap..tp abaikan rupa serimuka yg tak berapa cantik tu..al maklum lah org baru nk blajar buat.. ..zira copy paste jer resepi kak liza tu kat sini..thanks kak liza utk resepi tu..



Quote:
KUEH SERIMUKA
sumber: Kak liza

Lapisan Bawah:
2 cawan pulut
2 1/2 cawan santan cair + sikit garam

Cara
1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
2. Kukuskan sehingga masak.
3. Lapikkan pelastik dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran 8 inic.
4. Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
5. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.

Lapisan Atas:
2 cawan santan pekat
? cawan jus pandan + warna hijau
1/2 cawan gula
3 s/b tepung gandum
3 s/b tepung kastad
1 biji telur
1 s/t garam

Cara
1. Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau rata. Tapiskan.
2. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut tadi.
3. Kukuskan lebih kurang 30 minit.
4. Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau pelastik.

NOTA: untuk memasak pulut untuk serimuka ni..masukkan pulut dalam loyang bersama santan dan garam..pastu letakkan loyang tersebut dalam periuk kukusan dan tutup. kukuskan sehingga 30 minit. Keluarkan dan kacau rata..pastu tekan pulut dalma loyang yg mahu digunakan untuk kueh serimuka supaya mampat dan kemas..then baru masuk kan lapisan atas..






Quote:
sabiah ~
manje ~ salam perkenalan..thanks sudi jenguk kat sini
baipower ~ baru nk blajar buat..hehe
zai Kulim ~ mmg best kat sana..teringat zaman dok sana dulu²..nostalgia tu
Madiha ~ ala kak lg terer bab masak nih..zira baru nk blajar²..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net