zira's FotoPage

By: zira

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 6-Mar-2008 06:30 Email | Share | Bookmark
menu sarapan pagi

 
 
 
 
 
Minggu nih minggu malas..nak masak pun macam takde mood jer..so zira masak yg simple² jer utk bekpes..janji bleh makan dan kenyang kan.. ..resepi banyak dalam simpanan..tapi belum ada masa lagi nak mencuba..faham² jerlah ramai yang terer masak kat sini..jadi bila nmpak ada resepi baru jer terus zira print dan simpan buat koleksi..tapi bila nak mencuba tu entahlah kan

Quote:


APAM PISANG KUKUS(diana)

Bahan-bahannya
2 cawan tepung gandum
8 biji pisang emas (sederhana besar)
3/4 cawan mentega, dicairkan dan disejukkan (boleh digantikan dengan minyak)
4 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1 cawan gula
secubit garam

Cara-caranya
Tepung gandum diayak dengan baking soda. Pisang dilecek halus dan digaul dengan baking soda dan garam. Pukul telur bersama gula, masukkan mentega cair/ minyak. Kemudian masukkan tepung gaul rata dan kemudian tuangkan kedalam loyang yang telah disapu dengan mentega. Kukus selama 45 minit.


Quote:


Kuih Kasturi/kacang
1 cawan kacang hijau-rendam beberapa jam
1/2 cawan gula pasir
3 sudu besar tepung
3 sudu besar kelapa

masak kacang hijau dengan air secukupnya hingga kembang dan lembut. pastikan air agak kering. masukkan gula dan lain2. kacang hijau akan jadi pekat. sejukkan dan kemuadian bentuk bulat2 dan leperkan sedikit. celup dalam adunan tepung dan goreng hingga masak.

adunan tepung goreng:-
3/4 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil tepung jagung
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil air kapur
sedikit garam
air secukupnya

bancuh semua jadi adunan sederhana cair.






Quote:
madiha ~ biasa² ja tu kak...erkk sama ke kak..dah penat diet tetap mcm nih gak..huhu ..zira pun ada adik kembar gak tapi sepasang laki pompuan..dulu mmg penat jaga dorg..tp la ni dah besar pun..tingkatan 4 dah
roylazim ~
zai Kulim ~ dekat sini pun sama..simpang jalan pun dah tak nampak..huhu
MamaFaMi ~ yg neih masak hari yg berlainan lah mama sbb tu banyak
Ouled Kenitra ~ selamat mengundi yer
kak jie jie ~ salam kak jie..nih bkn masak hari yg sama..hari lain²..ada 5 org ja dlm umah nih..adik lg sorg dok asrama..
soulha,cairo ~ xdelah rajin mana..tapi kat umah nih abah lebih suka makan yg buat sendiri..jd takkanlah semua nk harapkan mak jer masak..bila rajin je baru zira masak..
ed ~
Ana ~ ala kak ana..zira buat bila rajin ja..kdg tu beli jugak
penyulawa ~ mmglah kak..kalau dh hari² mkn muak jugak..sekali sekala takpelah
maklang ~ lorr maklang ciannya lapo..cun lagi kuih muih yg maklang buat
nn ~
mamasya ~ aha kak..yg tu zira dgn family..
mama ca ~ hehe..fuhh..nah amik blk semngat utk rajin masak tu
zara ~ kak ..4 jenis sarapan tu menu utk hari yg berlainan la..sapelah nm mkn kalo buat 4 menu sekaligus
masriyah ~ hehe..macam² ada pilih je yg mana berkenan
kakpah ~ terima kasih kak pah
Lee Lin ~ baru pes time zira dgr org panggl gendang kasturi
Nur ~
Bonda RaqynR ~ ala bonda nih..merendah diri plak dia
Wa ~ zira kalau malas beli kat kedai jer..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net