zira's FotoPage

By: zira

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 12-Mar-2008 09:29 Email | Share | Bookmark
Popiah Goreng Bercili

 
 
 
Resepi ni zira jumpa masa melawat fp kak liza tempoh hari..tengok popia yang kak liza buat mmg terliur..balik rumah zira pergi cari bahan² untuk buat popia nih..tambah pulak skrg nih musim cuti sekolah jadi adik² memang semua ada kat rumah la..ingatkan takde org nk makan..rupa² nya abis licin jugak..alhamdulillah ..thanks kak liza utk resepi nih..zira copy paste jer resepi kat sini..


Quote:


Popia Goreng Bercili

Bahan
kulit popiah ready made secukupnya
minyak untuk menggoreng
1 s/b tepung gandum + 3 s/b air dibancuh sebagai gam kulit popiah

Bahan Inti
200 gm udang [hiris kecil ]
1 batang carrot kecil [sagat/potong halus ]
1 mangkuk kobis [racik halus]
5 batang kacang panjang [potong halus]
1 tangkai cili merah [hiris halus]
1 labu bawang besar [racik]
1 ulas bawang besar
1 s/b minyak
garam

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga wangi.
2. Masukkan udang dan carrot, Kacau rata.
3. Masukka kobis, kacang dan garam. Kacau rata.
4. Bila sayur telah lembut tutup api dan tapiskan supaya kuahnya turun kedalam mangkuk.
5. Bubuh inti popiah ditengah kulit popiah dan gulungkan sehingga hujung saperti gulungan kueh gulung atau ketayap.
6. gamkan hujung dengan bancuhan tepung tadi.
7. goreng dalam minyak yg banyak dan sederhana panas.
8. Bila telah kekuningan boleh angkat dan toskan minyak.
9. Hidangkan dengan kuah cili sos.

CILI

Bahan
2 s/b cili mesin
1 ulas bawang putih ] tumbuk hancur
2 s/b cili sos
2 s/b cuka
1 s/b gula
3 s/b minyak
garam
bijan [jika suka]

Cara .
1. Tumiskan cili dan bahan lain. Masakkan sehingga pekat.dan naik minyak.
2.. Masukkan popiah goreng tadi dan taburkan bijan.
3. Kacau rata dan angkat.
4. Hidangkan.



Quote:
MamaElla ~ pedas jugak..tapi kalau tak suka pedas leh kurangkan cili tu
auntie fliffy ~ salam kak ..hehe..tu gambar kat tanjung dawai..penah pegi ke?
Noor ~ zira biar sejuk dulu cili tu..dh sejuk baru zira buh popia..tp masa awal tu rangup lagi..lps dah biar lama tu mmg dia akan lembik dah tak rangup macam mula² dah.

masriyah ~
Lyndz ~ salam kembali..bleh try buat..senang je tu
MaDiHa ~ pinggan free kak..guna jelah..hehe..zira kat kedah bkn sabah
zira ~ aik..nama kita serupa
sabiah ~ kalau beli mmg mahal sikit..kalau nk jimat kenalah buat sendiri
fieza ~ salam perkenalan fieza..thanks sudi dinggah kat sini
mummy jam ~
a.r.i.e. ~
nabialishad ~ sama² kasih kak..
mamasya ~ yg untung dorg lah ..zira nih nk mkn kena buat sendiri..hehe
<< jeff >> ~ kuih macam nih kalau tgk mmg berselera di bulan puasa
zai Kulim ~ jom lah try buat
kuchai ~ kalau kat sini petang² mmg ada org jual..
soulha,cairo ~ sabarrr..hehe..bila nk balik malaysia nih?
roylazim ~ uiks..kalau teringin kena cepat² buat..



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net