zira's FotoPage

By: zira

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 26-Apr-2008 03:15 Email | Share | Bookmark
New Update

 
 
 
 
 
 
Salam buat semua pengunjung fotopages zira nih..nampaknya dah bersawang umah nih yer..sebulan lebih tak di update..nak kata sibuk tu tak jugak tapi di sebabkan kabel telekom kena curi lagi maka nak surfing internet pun tak boleh..geram betul nih rasa macam nak ...fotopages kawan² pun tak sempat nak jenguk lagi..uwaaa..sori yerk..lepas nih zira jenguk yer..sebenarnya banyak resepi nak di update tapi satu persatu lah yer.. jom kita layan puding roti yang zira buat baru² nih..guna resepi dari kak liza..mmg sedap..thanks kak liza


Quote:

PUDING ROTI

Bahan:
A:
500 ml susu segar/fresh milk
8 keping roti (gardenia/high 5)

B:
4 sudu besar gula halus
2 sudu besar butter
2 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar tepung jagung

C:
2 sudu besar kismis hitam

Sos Kastad
1 tin susu cair
2 s/b tepungkastad
2 s/b gula

CARA:
1. Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam
2. Kacau dan gaul rata bahan B.
3. Masukkan kismis dan tuangkan kedalam loyang.
4. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak.
5. Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.
6. Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.

NOTA:
Sos Kastad boleh juga di gantikan dgn ais kerim coklat/vanilla dan sebagainya..
ataupun cream coklat.






Quote:
Ana ~ pinggan murah ja tu kak Ana..mmg sedap puding tu..dah jadi favourite adik² kat umah nih
soulha,cairo ~ kat kawasan zira nih memang kerap berlaku kecurian kabel nih..kadang tu sampai 3 bulan tak bleh guna..sampaikan nenek zira pun kena guna henpon jugaklah..tp org tua nih susah sikit lah tak macam kita..
Bonda RaqynR ~ letih nih nak kena bersihkan semula umah nih..
mamasya ~ tu lah mmg tak bertanggungjawab betul pencuri nih..nak cari duit secara haram..sampai berani buat keja jahat ..geram betul..
MaDiHa ~ hampir² nak merajuk jugak lah nih kak..nasib baik masih boleh bersabar


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net