zira's FotoPage

By: zira

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 28-Apr-2008 06:10 Email | Share | Bookmark
Apam Ice cream & Kuih Sagu

 
 
 
 
 
 
 
 
Zira dapat resepi apam nih dari chome dari forum sebelah..tgk apam yg dia buat cantik jer..dah lama copy resepi nih tapi baru skrg berkesempatan nak buat..bukan apa sebenarnya angin Rajin tu tak ada.. ..tambah pulak baru² nih lama tak boleh nak online lagilah malas nak ambil gambar masakan..mesti ramai yang hairan tgk zira asyik tepek gambar kuih muih jer..hehe..sebenarnya zira cuma tepek gambar yang zira masak jer..lauk pauk selalunya mak yg masak..balik keje semua dah terhidang tinggal suapkan ke mulut jer.. ..bertuah punya anak..hehe..biasanya untuk bekpes mmg zira yg sediakan.mak pulak masak untuk tgh hari..tu lah kelebihan kalau dok dengan keluarga nih

Quote:


Apam ice-cream

Bahan-bahan :
3 cawan tepung gandum
4 biji telur
2 cawan gula pasir -chome buh 1 1/2 jek
3/4 cawan ice-cream soda -chome buh 1 cawan
1 sudu essence rose -kdg buh perisa strawberry
Pewarna-kdg chome pakai 3 warna
1 sudu teh baking powder} nih yg chome tambah
1 sudu teh Ovalette}

Kaedah penyediaan :

1. Pukul telur + gula hingga kembang
2. Masuk tepung dan kacau sebati
3. Masuk ice cream soda + essence rose. Kacau sebati.
4. Bahagikan adunan kepada 3 warna.
5. Bubuh adunan selang-seli.
6. Kukus 15-20 min.






Yang nih pulak kuih sagu yang zira buat..rasanya semua org tau buat kan..simple jer nih..



Di gaul dengan kelapa parut






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net