zira's FotoPage

By: zira

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 30-Apr-2008 10:49 Email | Share | Bookmark
Apam Eno

 
 
 
 
 
 
Sebenarnya apam eno ni dah lama zira teringin nak buat..dah lama print resepi..mula² tu ingat nak buat apam yg guna tapai nasi tu tapi malas pulak nk buat tapai nasi.seumur hidup ni lah first time zira try buat apam yg menggunakan tepung beras ..tawakal je masa buat tu tp nasib baik menjadi..hehe..lagipun emak zira tak suka makan kalau apam yang di buat menggunakan tepung gandum.dia lebih suka kalau apam yang guna tepung beras.resepi nih zira ambil dari Myresepi..thanks pada tuan punya resepi ye

Quote:


Apam Eno
Sumber : Myresepi
Bahan-bahan

* 300g tepung beras
* 8-10 sudu besar gula pasir
* 1 sudu besar yeast
* 280-300ml air
* 3 sudu kecil eno utk 3 warna berbeza (1 sudu kecil utk 1 bahagian)
* pewarna merah, hijau(yg nih zira guna 2 paket eno kaler biru tu..tak guna pewarna pun.buat satu kaler ja)

Cara-cara

1. tepung dibancuh dgn air sdikit². kemudian dimasukkan yeast dan gula. kacau sebati.
2. bancuhan tepung itu tadi dibiarkan semalaman. (bancuh malam, kukus keesokan pagi)
3. bancuhan tepung itu dibahagi 3. satu letak warna merah, satu letak warna hijau dan satu lagi dibiarkan warna asal.
4. masukkan 1 sudu kecil eno dlm stiap satu warna. kacau biar berbuih.
5. smentera itu panaskan periuk kukus. bila mendidih, letak acuan apam skejap dlm periuk kukus. dan kemudian tuangkan adunan tadi ke dlm acuan yg telah dipanaskan. kukus hingga masak.
6. bolehla dihidangkan dgn kelapa parut putih yg dicampur dgn sdikit garam. (seeloknye kelapa parut itu dikukus sbentar supaya tak cepat basi)







Quote:
kuchai ~ moga cepatlah dapat seru tu yer
roylazim ~ zira tak buh pewarna pun pasal mak tak suka kalau warna warni nih..dia nk warna asal je
shariza ~ zira guna yis mauripan tu..yg paket warna kuning


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net