zira's FotoPage

By: zira

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 16-May-2008 11:28 Email | Share | Bookmark



Tanggal 16 MEI merupakan hari guru..bersempena hari guru nih zira nak ucapkan SELAMAT HARI GURU untuk semua cikgu² yg ada kat malaysia dan kat mana² saja kerana telah banyak berkorban demi untuk mencurahkan bakti pada anak bangsa dan mendidik mereka supaya menjadi anak yg berjaya dan berguna..Jasamu cikgu takkan kami lupakan..terima kasih utk semua cikgu..



khas untuk cikgu cikgi


SAJAK GURU

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979




Dah banyak hari zira buat kuih puteri ayu nih..tp napa yg zira buat nih macam tak ayu jer
..ish ish tak boleh jadi nih..lain kali kena buat lg bg nampak ayu gitu.. ..resepi zira ambik dari myresepi..tq pd tuan empunya resepi..zira copy paste jer resepi nih yer..malas punya keja nih..


Quote:


Puteri ayu(myresepi)
Bahan-bahan


* 5 biji telur (saiz kecil)
* 250gm tepung gandum
* 300gm gula
* 2 camca teh ovallate
* 1 camca teh baking powder
* 250ml santan
* Pewarna hijau
* 2 camca teh paste pandan
* Kelapa putih secukupnya (digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi)
Cara-cara

1. Panaskan kukusan.
2. Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu.
3. Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, paste pandan dan pewarna. Kacau lagi hingga sebati.
4. Sapu sedikit minyak pada acuan. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan.
5. Masukkan adunan dan kukus selama lebih kurang 5 minit.
6. Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan.




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net