zira's FotoPage

By: zira

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 20-May-2008 12:04 Email | Share | Bookmark
Nasi Lemak Kukus,Apam Aiskrim

 
 
 
 
 
Zira try buat nasi lemak kukus guna resepi kak liza..sedap dan tahan lama..zira buat berdasarkan resepi dari kak liza tapi zira tak masak sampai 1 kg beras..zira kurangkan sukatan dia..men agak² jer..nasib baik jadi..tq kak liza mintak izin copy paste resepi tu kat sini yer..


Quote:
NASI LEMAK KUKUS
resepi kak liza


bahan2
1 kg beras AAA [basuh n toskan]
1 liter santan [5 cawan santan]
3 helai daun pandan koyakkan dan simpul]
3 keping hirisan halia
3 ulas bwg merah [mayangkan]
garam secukupnya
sedikit gula jika suka

Cara
1. Masukan semua bahan dlam periuk dan masak sehingga beras sebati dengan santan.
2. Pindahkan nasi kedalam kukusan berlubang dan kukuskan sehingga naik wap [30 minit]
3. Bila telah masak hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis, telur rebus, ikan bilis goreng, ulam timun dan kangkung rebus.


SAMBAL TUMIS IKAN BILIS

Bahan
250 gm ikan bilis [bersihkan dan buangkan kepala]
1 senduk cili kering mesin ]
3 labu bawang besar ] dimesin halus
sket belacan ]
1 cawan air asam jawa
2 labu bawang besar..mayang kasar
garam
gula
minyak untuk tumis

Cara

1. Tumiskan bahan yg dimesin halus sehingga wangi.
2. Masukkan air asam , ikan bilis, garam, gula dan bawang besar.
3. Masukkan air sedikit dan biarkan sambal mendideh dan pekat dengan api perlahan.
4. Bila dah naik minyak baru angkat






Yang nih apam aiskrim..kali nih zira buat colourful sikit.. ..resepi boleh cari kat link sebelah tu yer..





Quote:
jasmeen ~ gambar apam yg dh potong tk sempat amik sbb bateri kamra habis pulak
aima ~ mmg kenyang mkn sbb adunan nih dpt byuk jugak..bleh bg pd jiran² lagi
MaDiHa ~
FazaRina ~ mmg sedap..trylah kak
Rose ~ mmg puas ati kalau masak sendiri...kalau beli alahai ciput jer..
ida isk ~ tgh diet xleh mkn nasi lemak
misliha/naza ~ thnkas kak mis
Wak Kumis ~ zira baru jer tgk resepi nasi lemak daun pandan kat fp kak nurfikas..tq wak
mamasya ~ saja buat warna warni..nampak ceria sikit
anir ~ kalau mkn nasi lemak nih pagi² sampai tgh hari pun masih kenyang lg
zara ~ trylah kak..mmg sedap
shariza ~ zira guna mixer la kak sbb kena pukul telur tu lama gak
FazaRina ~ insyaAllah kak..tu pun kalo zira p sana lah
nhalilah ~
Ziela ~
nabialishad ~ aha kak zira mmg ada adik kekmbar sepasang..dulu mak pun ada adik kembar jugak..
kuchai ~


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net