zira's FotoPage

By: zira

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 22-May-2008 11:56 Email | Share | Bookmark
Bingka Kastad

 
 
 
Dah banyak kali zira buat bingka kastad nih..sedap jugak..zira guna resepi dari kak liza..
thanks ya kak liza.. ..tapi yg kali nih zira buat terhangit sikit atas dia
huduh betul rupa bingka tu..tp rasa tetap sedap..sila abaikan rupa yg buruk tu yer..kaler pulak hijau macam tertumpah cat jer..haha..nih kes terlebih buh pewarna la..





Quote:


Bingka Kastad
Sumber : kakliza


Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kastad
2 biji telur
1 cawan gula
1/2 cawan butter cair
1 tin susu cair
4 cawan air pandan + pewarna hijau
Sedikit bijan goreng

Cara membuat :
1. Panaskan oven 180 C selama 10 minit.
2. Gaulkan semua bahan sebati dan tapiskan.
3. Masukkan dlam loyang yg telah disapukan minyak.
4. Bakar selama 1jam pada suhu 180'C.
5. Bila dah masak taburkan bijan. Biarkan sejuk. Potong dan hidangkan







###########################################################
Yang ni pulak pulut tanak makan dengan kelapa parut dan ikan masin..sedapp



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net