zira's FotoPage

By: zira

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 23-May-2008 04:32 Email | Share | Bookmark
Sardin Roll,Kari Ikan Tongkol

 
 
 
 
 
 
Alahai rasa macam takde mood pulak nak apdet ari nih..rasa macam tak sihat jer ari nih.. letih semacam jer padahal hujan jer kat sini..taklah panas pun.. apa² pun jom kita tgk menu zira kali nih..simple jer.semua org mesti tau buat nih

Quote:


SARDINE ROLL

Bahan
Roti sandwich biasa
3 biji telur
sedikit garam
bread crumb
minyak untuk mengoreng

Bahan Inti
1 tin kecil sardin
2 biji limau kasturi [ambil jus ]
1 biji cili merah cincang
1 labu kecil bawang besar cincang

Cara
1. Masukkan bahan nti dalam mangkuk dan hancurkan dengan garfu.
2. Sapukan inti diatas roti dan gulungkan. Gamkan dengan sedikit telur yg dipukul.
3. Celupkan roti dalam telur yg telah dipukul dengan sikit garam.
4. Golekkan gulungan roti diatas bread-crumb.
5. Gorengkan dalam kuali leper sehingga kuning keemasan.
6. Angkat dan toskan dlam tapisan dupaya minyak menitis.
7. Hidangkan dengan cili sos.








Yang nih pulak zira buat kari ikan tongkol..tapi pic tu zira snap terus dari dl periuk..haha..tak sopan betul anak dara nih
Quote:


Bahan-bahan

* 1 ekor ikan tongkol
* 2 pkt serbuk kari ikan-dibancuh dengan sedikit air, jadi pes
* sebiji timun
*3 biji tomato
* 1 cawan santan pekat
* 1/2 cawan air asam jawa
* 3/4 cawan air
* garam, dan sedikit minyak
* 1 sudu besar halba campur
* 2 tangkai daun kari
* Bahan tumbuk:-
* 5 biji bawang merah
* 2 ulas bawang putih


Cara-cara

1. Panaskan minyak. Tumis bahan yg ditumbuk bersama halba campur dan daun kari.
2. Masukkan serbuk kari. Biar naik bau, masukkan pula air asam jawa.
3. Masukkan ikan, air dan santan pekat. Biar mendidih.
4. Masukkan timun, tomato dan garam.biarkan timun empuk.tutup api dan hidangkan.






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net