zira's FotoPage

By: zira

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 26-May-2008 10:59 Email | Share | Bookmark
Apam Harum Manis

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Dah lama print resepi nih tapi tak try² lagi..kebetulan semalam ada pisang jadi zira buatlah apam nih utk bekpes pagi nih..sedap jugak.. tp yg zira buat nih tak guna pisang raja..zira guna pisang emas jer..tgklah pisang tu dh jd berkedut..huhu len kali kena guna pisang raja la..tu lah akibat kalo derhaka pd resepi zira ambik resepi nih dari resepi.net...tima kasih utk tuan punya resepi..


Quote:


Apam Harum Manis
Bahan-bahannya

300 gm gula melaka
350 ml air
3 biji telur
200 gm gula pasir
350 gm tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh bicarbonate of soda
(3 bahan diatas diayak)
1/4 sudu teh garam
1 sudu maka esen vanilla
50 gm mentega, dicairkan
8-9 biji pisang raja dihiris bulat tipis

Cara-caranya
1.Masak gula melaka dengan air hingga larut. Tapis dan sejukkan.
2.Pukul telur dan gula hingga naik.
3.Masukkan tepung sedikit demi sedikit dengan menggunakan spatula dan kacau rata.
4.Kemudian masukkan esen vanilla dan mentega cair serta sirap gula melaka dan kacau hingga sebati.
5. Sapukan acuan-acuan kecil dengan mentega.
6.Tuangkan sedikit adunan kedalam acuan, isikan tiga suku penuh sahaja lalu letakan hirisan pisang keatas adunan.
7.Kukus kesemua adunan itu selama 15-20 minit. Sejukkan dahulu.








ni pulak ada kek masa besdey abah hari tu..yg ni kek dr adik..simple ja..beli na bukan buat






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net