zira's FotoPage

By: zira

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 31-May-2008 02:39 Email | Share | Bookmark
Sardin Puff,Agar² Pandan

 
 
 
yang nih buh inti sekaya
inti sekaya
 
 
agar² gula merah bersantan
 


Dah banyak hari jugak tak update..semua ni sbb line streamyx kat sini ada problem ..mula² tu ingatkan kabel kena curi lagi..kalau kena curi lagi jenuhla nk tunggu dorang pasang balik kabel tu.ambik masa dekat sebulan jugaklah..
kali ni zira nk share resepi yg simple ja..rasanya semua org dah tau buat nih..hehe

Quote:



Sardin Puff
roti pratha[zira guna brand kawan]
telur

untuk sardine :
1 tin sardine - buang sos sedikit
1 bawang besar - hiris halus
1 batang lada merah - potong kecil
2 sudu makan mayonese

- gaulkan bahan2 ni buat inti.

Cara:
1.Setiap keping roti pratha tu di potong 2 bahagian jadikan semi circle
2.letakkan 2 sudu inti sardine tadi dan lekapkan keliling roti prata tadi....
3.kelar sikit bahagian atas roti tersebut.
4.sapukan telur yg di pukul tadi di atas dan bakar dlm ketuhar 180 deg cel selama 30 minits ( or sehingga mendapat kekuningan yg di sukai)








Agar² ni pulak dah lama jugak buat tapi baru skrg nak upload kat sini..

Quote:

Puding Lumut (Pandan Pudding)
Sumber:myresepi
Bahan-bahan


* 1 peket jelly
* 1/2 mangkuk santan kelapa
* 1 cawan gula
* 10 helai daun pandan (di blend/kisar dengan air untuk mendapatkan jus pandan dalam 1/2 mangkuk)
* 2 bji telur ayam (dipukul)
* 2 mangkuk air (atau lebih untuk mencairkan jelly)
##zira tambah pewarna hijau sikit dlm agar² nih##
Cara-cara

1. Cairkan jelly dalam periuk dengan air.Biarkan hingga mendidih dan sehingga jelly betul2 cair dan tidak berketul-ketul.
2. Kemudian masukkan gula,kacau hingga cair.Gula boleh sukat sesuka hati lebih atau kurang.
3. Biarkan bahan2 tadi mendidih.Sementara itu dalam mangkuk lain campurkan telur yang dipukul tadi bersama santan kelapa.Kacau hingga sebati.
4. Kemudian masukkan pula jus pandan pula ke dalam campuran telur dan santan kelapa tadi.Kacau sebati.
5. Kemudian masukkan semua bahan2 campuran tadi (telur,santan,jus pandan) ke dalam jelly mendidih tadi.Kacau dengan api yang besar dan biar ia mendidih dan anda akan melihat bahan2 tadi berketul2 seperti lumut.Kacau seketika hingga mendidih dan kemudian tutupkan api.
6. Jelly kemudian bolehlah dipindahkan ke dalam loyang aluminium atau mangkuk casserol.Biarkan ia sejuk seketika suhu bilik dan sejukkan/keraskan lah di dalam peti sejuk sebelum serving.






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net