zira's FotoPage

By: zira

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 4-Jun-2008 04:49 Email | Share | Bookmark
Cucur Badak

 
 
 
 
 


Salam utk semua pengunjung fp zira ni.. harap semua sihat² no..hari nih zira buat cucuq badak ja utk bekpes..resepi amik dari myresepi..thanks princessharyati kerana menyumbangkan resepi tersebut .. sedaplah jugak..yg penting puas makan kalau buat sendiri ..tp tu lah angin Rajin ni bukan selalu ada..



Quote:


Cucur badak
princessharyati@myresipi.com

Bahan-bahan ( 28-30 biji sedang kecil )

* utk kulit
* 2 biji keledek saiz besar
* 1 cawan tepung gandum
* Garam
* utk inti
* 1/2 biji kelapa parut
* 1 cawan udang kering
* 2 biji bawang besar
* 5 batang serai
* 1 sudu kecil kunyit serbuk
* 5 tangkai cili kering (ikut kepedasan masing2)
* 1 sudu besar minyak masak
* Garam dan gula

Cara-cara

1.untuk inti: blender cili kering+serai+udang kering dan bawang dgn sedikit air. Setelah halus masukkan kelapa parut, blender sekali. Blend sekejap jek. Setelah itu masukkan semua kedalam kuali. Masukkan juga kunyit + minyak + garam + gula dan serbuk perasa. Kacau sehingga inti tu masak, ia akan kelihatan kering sedikit.

2. utk kulit: rebus keledek dengan air dan sedikit garam sehingga lembut. Setelah masak , buang air tinggalkan sedikit dan campurkan dgn tepung. Buat masa panas panas, senang nak lenyek. Jika adunan lembik lagi tambahkan sedikit demi sedikit tepung. Jgn terlalu byk nanti tak sedap.

3.Selepas itu buat doh kecil2 . Ambil satu buat melengung. tip: semasa hendak membuat doh ni guna sedikit minyak masak di tangan agar tepung tak melekat , keje pun cepat dan senang.

4. letakkan inti dan tutup kembali.

5.Goreng dengan api yang sederhana. Siap untuk di makan










View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net