zira's FotoPage

By: zira

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 10-Jun-2008 11:04 Email | Share | Bookmark
Vadai,kuih sagu kelapa

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Baru² nih masuk fp kak madiha tgk ada kuih vadai nih..rasa teringin pulak nk makan sbb dah gak lama tak buat..sbb nk makan yg buat sendiri terpaksalah merajinkan diri..
zira guna resepi kak madiha jer..mintak izin copy paste resepi akak kat sini yer..
terima kasih banyak² utk kak madiha



Quote:


Vadai

Bahan-bahan :

300 g kacang dhal
1 bawang besar ~ didadu
1 cili merah ~ didadu
1/2 sudu kecil jintan manis
1 tangkai daun kari ~ dihiris nipis
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng

Kaedah penyediaan :

1. Rendam kacang dhal sekurang-kurangnya 4 jam. Mama rendam semalaman.
2. Tapis dan kisar halus 3/4 kacang dhal di dalam blender.
3. Campurkan kacang dhal yang telah dikisar dan tidak dikisar di dalam mangkuk.
4. Masukkan bawang, cili merah, jintan manis, daun kari dan garam secukup rata. Gaul biar sebati.
5. Basahkan telapak tangan. Letakkan sesudu bancuhan di telapak tangan, leperkan sedikit dan goreng di dalam minyak hingga kuning keemasan.
6. Hidangkan dengan cili hijau.








kali ni zira buat kuih sagu guna resepi dari myresepi..tapi versi kaler hijau pulak.yang nih zira tak kukus..sebelum nih ada zira buat kuih sagu kaler merah.tapi yang tu zira tak buat cara mcam ni.yang tu zira kukus..so kali ni nk try masak macam ni pulak..tgk apa yg jadi..


Quote:


Sagu_kelapa
sumber:syahmi@myresipi.com>>>thanks

Bahan-bahan


* 1 cawan sagu (basuh dan tos)
* 1 cawan gula
* 2 cawan air
* Pewarna hijau,esen pandan sikit
* Kelapa parut digaul dengan garam

Cara-cara

1. Masak gula dengan air hingga gula larut.
2. Titikkan pewarna.
3. Masukkan sagu dan kacau hingga mendidih & sagu pun nampak jernih.
4. Tuang kan dalam bekas dan sejukkan.
5. Bila benar2 sejuk, potong dan terus gaulkan dengan kelapa parut.
6. Siap untuk dihidang.






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net