zira's FotoPage

By: zira

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 17-Jun-2008 12:50 Email | Share | Bookmark
Apam Marmar

 
 
 
 
 
Dah lama jugak tak masukkan entry masakan no...rindu pulak rasanya ..dah lama zira print resepi apam marmar ni.tapi simpan ja sbb angin M melanda
tak tau kenapa sejak dua menjak ni rajin pulak mencuba resepi apam..sampai adik² pun dok komplen kenapa selalu sangat buat apam ..first time buat apam marmar ni alhamdulillah menjadi dan gebus sangat..budak yg banyak komplen tu pun makan smpai habis.. ..terima kasih pada tuan punya resepi Encik Mat Gebu..zira mintak izin copy paste resepi tu kat sini yer



Quote:


Apam Marmar
Sumber : Mat Gebu

Bahan-bahan ( Tin berukuran 10 inci )
250 g tepung berserbuk penaik
200 ml santan
200 g gula halus
2 biji telur Gred A
1 camca teh vanila esen
1 camca makan ovallate
Secubit garam
Pewarna merah dan hijau (ikut kegemaran masing2)

Cara-cara
Satukan kesemua bahan dalam mangkuk adunan, kecuali bahan pewarna.
Pukul dgn speed perlahan sehingga semua bergaul mesra. Kemudian lajukan speed dan putar hingga adunan kembang dan pekat
Bahagi 3. Satu dibiarkan kosong, satu diwarnakan hijau dan satu lagi warna merah.
Dalam tin yg telah dilenser dgn mentega, bubuh warna merah dan hijau secara berselang seli diikuti bahagian yg tanpa warna pada atasnya
Gunakan spatula, buat pusingan satu arah sebyk 1 - 2 kali.. Kukus atas air mendidih selama 45 minit. Angkat dan keluarkan dari acuan. Biar sejuk baru dipotong














Quote:
jasmeen ~ betui tu kak..mmg tetap gebus walaupun simpan 2 hari..tp kat umah zira belum smpai sehari dh habis
MaDiHa ~ uish..cepat cari angin R tu kak..
Akak ~ salam akak..alhamdulillah sihat ja..nak sikit ek..ala akak terlambat lah..dh abis pun
fifi fad ~
k.nora ~ hai k.nora..welkam..hehe..akhirnya berjaya jugak akak jejak zira sampai sini no



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net