zira's FotoPage

By: zira

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 3-Jul-2008 11:30 Email | Share | Bookmark
Tag,kek oren & jemput² kucai+udang kering

 
 
 
 
 


Kali nih zira nak jawab tag dari kengkawan pulak..maaf yer sbb lambat jawab..hehe





rasanya xda sesaper yg kena tag dgn zira..mungkin ramai yg dah kena..so anda semua selamat



Dah lama tak update fp nih banyak pulak menu yg terperam jer dalam komputer nih..jom kita tgk antara menu simlpe yg sempat di buat..menu lain tunggu entry seterusnya..


Quote:

kek oren
Bahan:
230gm mentega tanpa garam
1 1/2 cawan gula halus
parutan kulit dan jus dari 2 biji oren
4 biji telur, asingkan kuning dan putihnya
2 cawan tepung berserbuk penaik / self raising flour, diayak
secubit garam
2 sudu besar susu pekat

Cara:
1. Putar mentega dan gula sehingga ringan dan gebu. Masukkan parutan kulit oren dan kuning telur sebiji demi sebiji sambil memukul.
2. Ayak bersama tepung dan garam. Masukkan ke dalam adunan mentega berselang seli dengan jus oren.
3. Di dalam mangkuk lain, pukul putih telur sehingga kembang dan perlahan-lahan masukkan ke dalam adunan, kaup dan balikkan rata-rata.
4. Tuang dalam acuan roti bantal standard yang digriskan dan dialas kertas minyak.
5. Bakar pada 175C/350F selaam 35-40 minit sehingga kek masak.










View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net