zira's FotoPage

By: zira

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 15-Jul-2008 07:24 Email | Share | Bookmark
Ayam Bakar & Buah Rambutan

Kali nih zira try guna resepi kak liza utk buat ayam bakar..Memang sedap ..terima kasih utk kak liza kerana banyak menyumbangkan idea dan resepi utk di masak..

cuma utk resepi nih zira tambahkan 2 sudu cili kering yg dah di blend ..saja gatal tangan nak tambah bagi pedas sikit




Quote:

AYAM BAKAR

bahan A:
1 ekor ayam [potong 8]

Bahan B [Mesin Halus]
3 cm halia
3 batang serai
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 s/b lada hitam
3 biji cili merah [jika suka]

Bahan C
1 s/b kicap
1 s/b garam
2 s/b madu/gula
kunyit serbuk
minyak + serai yg diketukkan [buat renjis sikit]

sayuran hiasan: salad..timun..tomato

Cara:
1. Gaulkan semua bahan dan perapkan pada ayam selama 3 atau 4 jam.
2. Bakarkan ayam dalam oven suhu 200'C selama 30 minit
3. Renjiskan sikit minyak dengan serai yg diketuk.
4. Pusing/terbalikkan ayam supaya masak sehingga masak kedalam isi.
5. Bila sudah masak...hidangkan dengan salad..tomato..timun..


***zira tambahkan 2 sudu cili blend**






Yang nih buah rambutan yg ada kat umah..dah masak pun..jimat sikit duit sbb tak payah nak beli..







View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net