zira's FotoPage

By: zira

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 30-Jul-2008 02:16 Email | Share | Bookmark
Nasi Beriani

 
 
 
 
Adeii..susah betul lah nak bertenet pun..semalam pun buat hal jugak streamyx nih..satu hari tak bleh guna..ish geram betul lah camnih ..jadi sementara boleh guna nih baik zira upload apa yg ada..





Quote:
Nasi Beriyani



RESEPI NASI BERIANI :
sumber: zakiahz.fotopages

beras basmathi (sukatan 1 cwn beras + 1 1/4 cwn air)
Rempah beriani
Minyak sapi - 2-4 sudu besar (ikut banyak mana beras)
Rempah penumis - kayu manis, buah pelaga & bunga lawang
Bawang besar - 1 biji
Bawang putih - 2 biji besar
Halia - 2-3 cm
Daun pandan disimpul
Garam

Cara :

1) Beras dibasuh dan ditos.
2) Panaskan minyak sapi.
3) Tumiskan bawang2 & halia dan rempah penumis & daun pandan yang disimpul.
4) Bila bawang2 garing, masukkan rempah beriani, dikacau rata.
5) Biarkan sebentar.
6) Padamkan api dan campurkan masakan rempah beriani ini ke dalam rice cooker yang berisi beras tadi.
7) Kacau rata, masukkan air secukupnya dan garam, kalau tak pasti, rasa campuran ini.
Kalau nak sedap, campurkan susu cair atau fresh milk, gantikan 3/4 cwn air dgn 3/4 cwn susu.


Quote:
Dalca



1/2 kg daging
2biji terung bulat
2biji kentang
2biji tomato
3sudu kacang dhal
3sudu rempah kari daging
sedikit asam jawa
bunga lawang,kulit kayu manis
5 urat kacang panjang
1 batang carrot
2biji cili merah
santan dari sebiji kelapa
sdikit halia
3ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
minyak

1.rebus kacang dhal dgn daging hingga empuk(daging dipotong dulu)
2.semua sayuran dan terung dipotong terlebih dulu
3.panaskan minyak dan tumiskan bawang,halia,kulit kayu manis dan bunga lawang hingga garing.kemudian masukkan rempah kari.
4.bila rempah dah garing masukkan pula daging serta kacang dhal dan air rebusannya
5.bila mendidih masukkan santan.kemudian masukkan carrot,kentang,terung, dan kacang panjang
6.bila sayuran empuk masukkan cili merah, air asam dan garam secukup rasa
7.sebelum tutup api masukkan tomato.


Quote:

Beriani Daging



Bahan
1 kg daging
4 s/b rempah beriani ] bancuh dgn sedikit air
1 cawan yogurt
3 s/b tomato puree
3 biji tomato buah ranum [mesinkan dengan 2 cawan air]
3 biji cili merah
2 biji cili hijau
2 labu bawang besar [belah 4]
1 pkok daun ketumbar [potong kasar]
garam

Bahan tumbuk
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia

Bahan tumis
2 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 tangkai daun kari
minyak

Cara
1. Daging dipotong kecil dan basuh. Toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
3. Masukkan bahan tumbuk dan rempah berani dan daging yg dibancuh dgn air. Kacau rata sehingga naik minyak.
4. Masukkan buah tomato yg telah dimesin denngan air dan juga tomato puree . Biarkan sehingga lembut.
5. Masukkan kentang dan yogurt. Masakkan sehingga pekat dan naik minyak.
6. Masukkan buah tomato belah, cili merah dan cili hijau, bawang besar dan juga daun ketumbar. Rasakan garamnya.
7. Bila dah nampak layu boleh tutup api dan hidangkan dengan nasi beriani atau roti





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net