zira's FotoPage

By: zira

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 1-Aug-2008 02:55 Email | Share | Bookmark
Cucur Udang & Gulai Rebung

 
 
 
 
 
 
Dah lama jugak nak mkn cucur udang nih tapi malas nak buat..kebetulan semalam semua org dalam rumah tu demam kecuali zira dgn adik yg lelaki tu..kesian pulak dorang takda selera nk mkn nasi jadi buat cucur udang dgn kuah kacang ni.alhamdulillah makan pulak dorang.. ..gulai rebung tu pulak memang kegemaran mak dgn abah..bukan senang nak jumpak org jual rebung fresh nih..selalu rebung masam tu ada lah di jual..bila dah jumpa org jual jer terus beli..rebung nih sedap jugak kalau buat masak lemak gulai..


Quote:

CUCUR UDANG

2 cawan tepung gandum
2 s/b tepung beras
daun kucai
taugeh
garam
2 sudu cili kering yg di blender
minyak untuk menggoreng
udang secukupnya
air secukupnya

Cara-cara

1.Masukkan tepung, udang, tauge, kuchai, garam, gula dan cili kering ke dalam satu mangkuk besar.Tambahkan air hingga adunan menjadi boleh dijemput.Jangan terlalu pekat atau terlalu cair.
2. Panaskan minyak.Jemputkan adunan ke dalam minyak yang betul-betul panas.Goreng hingga kekuningan.Angkat dan hidang dalam pinggan.

Resepi kuah kacang

Bahan-bahan:
100gm kacang tanah, digoreng tanpa minyak dan dibuang kulit

Dimesin dgn air:
7 biji bawang merah
9 tangkai cili kering, direbus
Segenggam udang kering, direndam
3 biji buah keras

5 sudu besar air asam jawa
3 sudu kecil gula merah
2 sudu kecil gula pasir
Sedikit garam
Air secukupnya

Cara²

1. Tumbuk kasar kacang.
2. Tumiskan semua bahan kisar sehingga naik bau dan agak masak.
3. Masukkan air asam jawa. Kacau dan tuangkan air. Biarkan mendidih sambil
dikacau sekali-sekala.
4. Masukkan kacang tanah, gula + garam.
5. Biar terus menggelegak dengan dikacau sekali-sekala.biar pekat sedikit.
6. Perasa dgn garam.
















View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net