zira's FotoPage

By: zira

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 5-Aug-2008 02:44 Email | Share | Bookmark
Nasi Kuning

 
 
 
Ronda² kat fotopages kawan² terjumpa resepi nasi kuning nih kat fotopages kak nur http://nurkas.fotopages.com tgk macam sedap jer.teringin pulak nak mencuba..resepi dah lama print tapi baru² nih je baru Terajin nak buat..pemalas sungguh anak dara nih.. ..zira try resepi nasi kuning jer..pastu buat sambal tumis ikan bilis..simple jer..
tq utk kak nur ..zira mintak izin copy paste jer resepi tuh yer kak..


Quote:


Nasi Kuning

Bahan-Bahan

1 liter beras
1 3/4 liter santan dari sebiji kelapa
1 sudu makan kunyit basah di parut, di rebus dengan sedikit air dan di tapis {guna serbuk kunyit ja}
2 lembar daun salam {zira tak buh sbb xde stok}
1 batang serai
1 sudu makan garam
1 sudu teh air limau nipis

Cara-Cara

1. Campurkan santan dengan air kunyit yang telah ditapis tadi bersama daun pandan,
serai dan garam. Didihkan di atas api.

2. Kukus beras setengah masak, setelah itu tuangkan santan yang telah di didihkan tadi
dan kacau rata hingga santan nya menyerap pada beras.

3. Masukkan air limau nipis dan di kacau rata juga.

4. Kukus lagi sampai nasi kuning masak.







Quote:

ramai pulak yg bertanya macam mana rupa daun salam..zira tak guna pun daun salam tu..oleh kerana ramai yg bertanya zira try lagi cari kat tenet..sila klik di sini http://www.uni-graz.at/~katzer/engl/Euge_pol.html


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net