zira's FotoPage

By: zira

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 11-Aug-2008 12:16 Email | Share | Bookmark
Award,Kuih Ketayap & Sambal Sotong



Salam..malasnya nak update fp ari nih.. tapi kena rajinkan diri jugak..kali nih dapat lagi award dari mamasya http://mamasya.fotopages.com terima kasih yer akak sbb sudi bg zira award nih..dah boleh buat koleksi nih ..tapi kan layak ker nk terima award nih..zira nih tak kreatif langsung.. tp org dah bagi kita amik jelah kan..banyak cakap pulak ..tq mamasya



Award nih zira nak kongsi dengan :
Rinnzura ~~~http://rinzura.fotopages.com
Kak Ej ~~~ http://rafiqin.fotopages.com
Kak Intan ~~~ http://nabialishad.blogspot.com
Kak Hanis ~~~ http://rahaniss.fotopages.com
Liana ~~~ http://adinieliana.blogspot.com
Kak Amal ~~~ http://amal5041.fotopages.com
sila amik award nih dan letak kat rumah masing² yer..



Dah abis pasal award..jom kita kongsi resepi pulak..zira TERajin la pulak nak buat kuih ketayap nih sbb dah lama tak makan..kalau nak beli faham² jerlah..baik buat sendiri lagi puas hati kan ..resepi kuih ketayap nih zira guna resepi dari fp kak liza..minta izin copy paste resepi nih yer kak ..tq kak liza


Quote:

KUEH KETAYAP aka KUEH GULUNG

Bahan Kulit [batter]
1 cawan tepung gandum
1 cawan air jus pandan
[mesinkan 5 helai daun pandan + 1 cawan air dan tapiskan]
1/2 cawan santan/susu segar
1 biji telur
beberapa titik pewarna hijau
secubit garam

Bahan inti:
150 gm gula merah
3 s/b gula biasa
1/2 cawan air kelapa muda [jika ada]
½ biji kelapa parut muda

Cara:

1. Untuk inti, masukkan semua bahan inti ke dalam periuk.
2. Kemudian masak di atas api yang sederhana dan kacau agar sebati dan melengas. Angkat dan ketepikan.
3. Untuk kulitnya, masukkan semua bahan di dalam mangkuk. Kacau sebati dan tapiskan
4. Panaskan non-stik pan yang telah dilengser dengan sedikit minyak.
5. Tuangkan sesenduk adunan ini dan lenggang-lenggangkan kuali tadi, supaya adunan rata dan nipis.
6. Setelah masak, angkat dan ketepikan.
7. Masukkan inti di tengah-tengahnya.
8. Kemudian lipatkan bahagian kiri dan kanan lalu gulungkan kemas-kemas.
9. Lakukan sehingga selesai dan hidangkan.








Yang nih pulak zira guna resepi dari http://www.resipi.my/sambal-sotong-rendam untuk sambal sotong nih..memang sedap ..tq utk tuan punya resepi:flowesr: ..zira mintak izin copy paste resepi tu kat sini yer


Quote:

Sambal Sotong
Bahan-Bahan
Bahan-bahan untuk dikisar:-

100gm cili kering
10 ulas bawang merah (kecil)
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci belacan

1 kg sotong rendam-dipotong dan dibersihkan
1 biji bawang merah besar (dipotong
2 cawan air
sedikit air asam jawa
1 sudu besar gula
sedikit serbuk perasa
garam secukup rasa
1 senduk minyak untuk menumis

Cara Memasak
1. Panaskan minyak di dalam kuali.
2. tumiskan bahan2 yang dikisar sehingga garing dan masukkan bawang besar yang telah dipotong.
3. masukkan sotong dan air. Biarkan ianya masak sehingga hampir kering (anggaran 10 minit)
4. masukkan air asam, gula, garam dan serbuk perasa.
5. kacau sehingga ianya pekat dan hampir kering (tapi jangan kering sgt).




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net