zira's FotoPage

By: zira

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 13-Aug-2008 11:39 Email | Share | Bookmark
Kentang Goreng & Paprik Ayam

 
 
 
 
 
 
Salam semua..hari nih buat bekpes simple ja..goreng kentang pastu cicah dgn mayo berempah jer.. ..nasib baik lah mak dgn abah pun boleh jer telan kentang nih pepagi ..pastu menu ayam paprik tu saja buat sbb nak abiskan stok ayam yg tinggal lagi dua tiga ketul jer..semua menu tu simple jer..semua org pun tau buat kan.. malasnya nak menaip panjang² nih..lenguh jari aci macam tu?



Quote:

Kentang goreng

6 biji kentang - dibelah 6
1/2 cwn tepung beras
1/2 cwn tepung gandum
2 sudu rempah kari
sedikit garam
sedikit lada sulah
air secukupnya utk bancuh tepung(jgn cair sgt)

cara²:

1.Rebus kentang hingga lembut sedikit..kemudian toskan air rebusan td.
2.Kemudian dalam satu bekas boleh masukkan tepung² td,rempah,lada sulah,garam dan air..bancuh jgn terlalu cair..biar pekat sedikit supaya tepung td melekat pada kentang.
3.Panaskan minyak dan celupkan kentang ke dalam tepung td dan goreng sampai garing keemasan.

Kentang nih boleh di makan bersama mayonis..zira campurkan mayonis dan rempah kari..gaul bg rata..sedapp






Quote:

Paprik Ayam

Bahan-bahan

* 4 ketul isi ayam - dipotong kecil2
* 4 ulas bwg merah - ditumbuk
* 2 ulas bwg putih - ditumbuk
* 1 labu bwg besar - dimayang
* 2 btg serai - dititik
* 2 biji buah tomato - dipotong 4
* 5 biji cili padi - di belah 2
* bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
* sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
* bahan2 perasa
*daun limau purut & serai

Cara-cara

1. Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing).
2. Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
3. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur- sayuran.
4. Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net