zira's FotoPage

By: zira

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 1-Sep-2008 15:34 Email | Share | Bookmark
Salam Ramadhan

Salam ramadhan buat semua pengunjung fp nih..hari nih hari pertama umat islam menunaikan ibadah puasa..semoga puasa kita semua di berkati Allah..mesti ibu² dok sibuk fikir nak masak apa utk juadah berbuka petang nanti kan..elakkan pembaziran di bulan mulia nih

Sempena bulan mulia nih zira dapat award dari Kak Lin , Maklang
terima kasih sebab sudi bagi award ni kat zira..semoga kita semua sentiasa ceria di bulan ramadhan nih yer


Quote:
Ni Arahan Nya…

1. Copy Gambar Kat Atas Tu Dan Post Kat Blog Kalian
2. Teruskan Mencari Mangsa Seramai 5 Org..(Nak Lebih Pun Takpe)
3. Setelah Mengenalpasti Mangsa Yg Sesuai, Sila Tinggalkan Pesanan Di Blog Mereka
4. Lastly, Jgn Lupa Tempek Url Kalian Sebelah Url zira Tuh...




Dibuat oleh: antownholic.blogspot.com, reskitrianto.blogspot.com, bashrie.blogspot.com,juzzyouandme.blogspot.com, sweethoney, sofiaroxy, darleeluv, a gift fRoM hEaRt, a gift from azza, sejenak bersamaku, cherita dapur, kaklin, Zira

Seterusnya award kat atas nih di berikan pada
1. KakLiza
2. Kak Madiha
3. Kak Maylique
4. Kak Maisya
5. Kak Kacip


Nih pulak dari KakLiza terima kasih yer akak




Walaupun zira dah pernah jawab tag nih tapi di sebabkan kena tag lagi dengan KakLiza dan Putrimlm zira buat lagi sekali yer..








Tazkirah Ramadhan
Quote:
Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :

"Umatku talah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah pun diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang sedang berpuasa adalah lebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar(keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa. Allah mempersiapkan dan menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya : " Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu. Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir bulan Ramadhan (orang-orang Islam yang berpuasa ini ) akan diampunkan.Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya : "Wahai Pesuruh Allah adakah itu malam Lailatul Qadr?" Dijawab oleh Rasulullah SAW "Tidak tetapi selayaknyalah seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya"


Ulasan
Rasulullah SAW telah menyebut di dalam hadithnya tentang lima perkara yang dianugerahkan oleh Allah SWT yang belum pernah diberikan kepada umat yang (berpuasa) sebelum ini. Jikalau kita benar-benar dapat menghargai kurniaan yang besar daripada Allah ini , maka sudah tentulah kita akan cuba dengan ikhlasnya memperolehi kurnian-kurnian yang khas ini. Pertamanya, kita diberitahu bahawa bau yang keluar daripada mulut orang-orang yang berpuasa itu terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ahli-ahli tafsir menyebut lapan kemungkinan maksud-maksudnya. Di antaranya tiga maksud diberikan penjelasan yang paling dapat diterima :

Sebahagian daripada mereka berpendapat bahawa di hari akhirat Allah akan mengganjari dengan haruman kepada bau mulut orang yang berpuasa dengan haruman yang terlebih semerbak dan segar daripada bau kasturi (Durri Manthur)

Pada hari kiamat tatkala kita bangun daripada kubur, suatu bau harum akan terkeluar daripada mulut orang-orang yang berpuasa yang terlebih harum daripada bau kasturi.

Tafsiran yang paling dapat diterima pada pandanganku ialah yang mengatakan bahawa bau yang keluar daripada mulut itu di dunia ini terlebih harum di sisi Allah daripada kasturi .




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net