zira's FotoPage

By: zira

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 3-Sep-2008 02:31 Email | Share | Bookmark
Tag & award sempena ramadhan

Wah meriah betul puasa kali nih..banyak betul zira dapat tag dan award sempena ramadhan nih.. terima kasih buat semua kengkawan yg sudi bagi zira tag dan award nih..semoga hubungan persahabatan kita akan berkekalan hendaknya walaupun hanya di alam cyber nih..

Tag yang zira dapat dari Kak Yatie , Kak Ana , Kak Amal terima kasih yer akak² semua sebab sudi bagi zira tag nih..zira betul² menghargainya


Quote:
Dibuat oleh: antownholic.blogspot.com, reskitrianto.blogspot.com, bashrie.blogspot.com,juzzyouandme.blogspot.com, sweethoney, sofiaroxy, darleeluv, a gift fRoM hEaRt, a gift from azza, sejenak bersamaku, cherita dapur, kaklin,aishah@ummiaqil,Umieaisyah,amal5041,AnaElianas .mektie,zira


Award yang comel nih dari Kak T memang cute sungguh bear nih..terima kasih yer akak



Dan yg nih dapat dari Tutcute memang cute betul kucing putih nih..terima kasih yer..



Tazkirah Ramadhan
Quote:
IBADAT puasa adalah peluang terbaik untuk membentuk keperibadian diri cemerlang baik dari segi kerohanian mahupun aspek kesihatan fizikal. Keagungan ibadat puasa dapat diperhatikan dengan memahami fadilat dan hikmah pensyariatan ibadat mulia ini.

Puasa membentuk insan bertakwa. Firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang beriman. Kamu semua diwajibkan berpuasa seperti diwajibkan ke atas orang terdahulu daripada kamu supaya kamu semua bertakwa.” – (Surah al-Baqarah, ayat 183)

Makna takwa adalah mengerjakan perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Berpuasa bukan sekadar meninggalkan makan dan minum, tetapi berpuasa dalam erti kata sebenar termasuk mengerjakan segala kewajipan dan meninggalkan segala larangan seperti mengumpat, berbohong, tidak melaga-lagakan sesama umat dan tidak berniaga secara haram.

Selama sebulan Ramadan umat Islam seolah-olah berada dalam sebuah institusi latihan untuk membentuk insan bertakwa. Selepas tamat latihan, dia sepatutnya dapat membantu seseorang mengekalkan ketakwaan sepanjang masa.

Orang berpuasa juga dianugerahkan kedudukan tinggi di sisi Allah yang mana mereka tergolong di kalangan para shiddiqin (orang yang benar) dan syuhada (golongan syahid).

‘Amr bin Murrah al-Juhani berkata: “Seorang lelaki datang menemui Nabi SAW lalu berkata: Ya Rasulullah. Menurut pendapatmu, aku tergolong dalam golongan mana jika ada bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah, engkau adalah Rasulullah, aku solat lima waktu, aku tunaikan zakat, aku berpuasa pada Ramadan dan solat tarawih pada malam harinya? Baginda menjawab: Golongan shiddiqin dan syuhada.” – (Hadis riwayat Ibn Hibban) Puasa juga perisai yang dapat menghalang kita daripada azab api neraka. Menurut Ibn al-’Arabi: “Puasa dikatakan sebagai perisai api neraka kerana puasa mampu menahan diri daripada syahwat (dorongan untuk melakukan perbuatan mungkar disebabkan hawa nafsu). Sedangkan, neraka dikelilingi oleh syahwat. Apabila seseorang mampu menahan diri daripada syahwat ketika kehidupan di dunia, hal itu menjadi penghalang (perisai) baginya di neraka kelak.”

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Puasa adalah perisai. Oleh itu, janganlah seseorang mengungkapkan perkataan yang keji dan janganlah sekali-kali berbuat jahil. Justeru itu, jika seseorang diperangi atau dicaci, dia hendaklah berkata: Sesungguhnya aku sedang berpuasa sebanyak dua kali.” – (Hadis riwayat al-Bukhari) (lagi…)






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net