zira's FotoPage

By: zira

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 5-Sep-2008 08:32 Email | Share | Bookmark
Menu Berbuka & Award

Salam semua..alahai malas betul nak menaip panjang² nih..kita tgk jerlah menu berbuka hari ke-4 yer ..xtaulah napa bila bulan posa nih angin M melanda..

Quote:

DONUT
Sumber:Kak Liza..mekasih yer kak liza

Bahan A
600 gm tepung gandum
100 gm tepung naik sendiri
100 gm gula
30 gm susu tepung
1 s/k garam
11 gm [ 1 paket] yis mauripan

Bahan B
1 biji telur [pukul sikit]
330 ml air suam
60 gm majerin
1 s/k bread softener

Bahan C [untuk goreng donut]
500 ml minyak
1 s/b majerin

Cara
1. Gaulkan semua bahan A supaya sama rata.
2. Masukkan pula bahan B dan kacau rata menggunak mesin selama 20 minit.
3. Perapkankan selama 1 jam atau sehinga naik sekali ganda.
4. Ambil adunan dan canaikan supaya rata. Terapkan dengan acuan donut.
5. Biarkan donut naik lagi selama 20 - 30 minit.
6. Panaskan bahan C dan masukkan donut . Perlahan api.
7. Goreng donut sehingga kuning keemasan.
8. Angkat dan golekkan dalam gula kastor. Hidangkan.



Quote:


Sup daging simple versi zira

1kg daging
serbuk sup/sup bunjut
1btg carrot
4btg jagung muda
sedikit bunga kobis
sedikit lada hitam
halia
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
daun sup
bunga lawang
kulit kayu manis
buah pelaga
bunga cengkih
air seckupnya utk kuah

1.tumiskan bawang merah,bawang putih bersama kulit kayu manis,bunga cengkih,buah pelaga,bunga lawang dan halia.
2.kemudian masukkan air,sup bunjut/serbuk sup dan daging..masak hingga daging empuk.
3.bila daging dah empuk boleh masukkan carrot,jagung muda,bunga kobis.
4.masukkan lada hitam yg ditumbuk dan masukkan garam secukup rasa
5.last sekali taburkan daun sup.



Quote:


Sayur Lemak Pucuk Ubi

Bahan
2 ikat pucuk ubi(di rebus terlebih dahulu kemudian di hiris)
1 labu bawang besar
2 1s/besar udang kering/ikan bilis
2 cawan santan pekat
5 biji cili padi(bleh tambah kalo suka lg pedas)
garam
sikit air
kunyit

Cara
1.bawang besar,cili padi dan udang kering @ ikan bilis di blend
2.Masukkan semua bahan kecuali santan pekat dalam periuk dan renehkan sehingga mendideh.
3. Bila dan mendideh masukkan santan pekat dan kacau sehingga mendideh sekali lagi.





Award dari Kak Mira terima kasih yer akak



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net