zira's FotoPage

By: zira

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 10-Sep-2008 02:13 Email | Share | Bookmark
Menu Berbuka Hari Ke-9

 
 
 
 
 
Salam..diam tak diam dah masuk hari ke-10 umat Islam berpuasa..cepat sungguh masa berlalu tahun nih..sempena bulan puasa nih zira ada dapat ucapan khas sempena ramadhan dari Srfeqah terima kasih yer feqah


Dapat kad raya dari Ela seronoknya baru sepuluh hari puasa dah dpt kad raya comel nih..terima kasih yer Ela


Yang kat bawah tu pulak antara juadah berbuka puasa pada hari ke-9..
Puding Jagung resepi Kak Kacip zira dah pernah buat sebelum nih..memang sedap sebab tu buat lagi..terima kasih yer kak sebab sudi berkongsi resepi puding nih


Quote:

PUDING JAGUNG
Sumber:Kak Kacip
Bahan-bahan :-
20 gm agar-agar strips
4 1/2 cwn air
1 tin susu cair
1 tin jagung krim
2 bj telur
1/2 cwn tepung kastard, dicampur dgn sedikit air, dikacau dan di tapis
secubit garam
1 cawan gula
1 sdt esen jagung
::
Cara-cara:-
1. Rendam agar-agar dgn air selama 1 jam. Kemudian masak agar-agar sehingga hancur.
2. Masukkan gula dan masak lagi sehingga gula hancur. Perlahankan api.
3. Di dalam mangkuk, pukul telur menggunakan garfu. Ketepikan.
4, Di dalam mangkuk lain pula, campurkan jagung krim, susu cair, garam, telur yang dipukul dan juga tepung kastad yang sudah ditapis. Gaul sehingga sebati kemudian di tuang ke dalam periuk agar-agar sambil dikacau. Tuang esen jagung.
5. Adunan ini perlu dikacau sentiasa sehingga pekat. Tutup api dan bolehlah di tuang ke dalam loyang dan biarkan sejuk dan mengeras barulah dipindahkan ke dalam peti ais.




Ni pulak zira buat puff inti sardin dan jugak sekaya..buat banyak² boleh frozenkan..nanti bila nk makan bakar jer..senang keja..

Quote:


Puff Sekaya

1 paket roti pratha (brand 'kawan')
sekaya
telur kuning(utk sapu kat atas puff)

Potong roti kepada 4 bahagian..kemudian letak sekaya sedikit dan lekapkan keliling roti pratha tadi..tekan dgn garfu..kelar sedikit kat atas roti tu dan sapu dgn telur kuning..bakar hingga kekuningan/garing.




Sardin Puff
roti pratha[zira guna brand kawan]
telur

untuk sardine :
1 tin sardine - buang sos sedikit
1 bawang besar - hiris halus
1 batang lada merah - potong kecil
2 sudu makan mayonese

- gaulkan bahan2 ni buat inti.

Cara:
1.Setiap keping roti pratha tu di potong 2 bahagian jadikan semi circle
2.letakkan 2 sudu inti sardine tadi dan lekapkan keliling roti prata tadi....
3.kelar sikit bahagian atas roti tersebut.
4.sapukan telur yg di pukul tadi di atas dan bakar dlm ketuhar 180 deg cel selama 30 minits ( or sehingga mendapat kekuningan yg di sukai)




Nih pulak air tebu yang adik beli utk berbuka semalam..memang favourite nih..



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net