zira's FotoPage

By: zira

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 11-Sep-2008 02:31 Email | Share | Bookmark
Menu Berbuka Hari Ke-10 & Biskut Hazelnut Ball

 
 
 
Salam semua..hari nih dah masuk hari ke-11 kita berpuasa..lepas nih mesti ibu²,kakak²,adik² sibuk pulak nak buat biskut raya kan..
Dapat award nih dari M.E.O.R.J.A.Y terima kasih sebab bagi zira award nih..bolehlah hias kat umah nih bagi berseri sikit



Kat bawah nih antara menu berbuka puasa..yang lain tak ambik gambaq pun..tepung bungkus tu emak yg buat yer..bulan puasa nih mana lah sempat kalau balik keja nak buat tepung bungkus tu..kalau yang simple² tu sempatlah..hehe..kalau nak resepi tepung bungkus tu ada kat link sebelah yer..lebih kurang sama jer dgn yg emak buat nih..




Yang ni pulak biskut hazelnut ball resepi dari fp Kak Liza terima kasih yer kak liza..memang sedap biskut nih..tahun nih buat yg mana rajin jer..yang tak rajin kita beli jer.. ..hikss..betul tak mamazieza..

Quote:

BISKUT HAZELNUT BALLS

Bahan
200 gm butter
50 gm shortening
160 gm gula
1 biji kuning telur
1 s/t vanilla
150 gm hazenut kisar ]
260 gm tepung gandum ] gaulkan rata
100 gm tepung jagung ]

hiasan
paper cup
coklat putih
manik hiasan

Cara
1. Gaulkan butter, shortening dan gula sehingga lembut.
2. Masukkan telur dan vanilla dan gaulkan lagi.
3. Masukkan badam dan tepung dan gaulkan lagi.
4. Buatkan sapeti bentuk bebola kecil dan susunkan dalam loyang
5. Panaskan oven pada suhu 170'C selama 10 minit
6. Bakar dalam suhu selama 20 minit atau masak. Sejukkan dalam loyang.
7. Cairkan coklat putih cara double boiler dan celupkan biskut.
8. Masukkan biskut dalam paper cup.
9. . Hiaslah mengikut suka hati.
10. Tunggu sampai biskut sejuk betui baru masukkan dalam bekas kedap udara

CREAM COKLAT PUTIH
Bahan

250 gm coklat putih
30 gm shoterning atau cocoa-butter

Cara
1.Cairkan kedua-dua bahan dengan cara double boil sehingga semuanya cair.
2. Masukkan sedikit coklat putih dalam mangkuk kecil.
3. Celupkan biskut dan masukkan dalam paper-cup. Gunakan penyepit kecil.
4. Hiaskan dgn candy merah dan biarkan beku.
5. Simpan dalam bekas.



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net