zira's FotoPage

By: zira

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 12-Sep-2008 02:23 Email | Share | Bookmark
Pulut Serunding&Ayam Masak Lemak Cili Api

 
 
 
 
Salam..hari nih dah masuk hari ke-12 kita di bulan ramadhan..sekejap jer rasa masa berlalu..utk hari ke-11 menu berbuka simple jer..

Buat pulut serunding ikut resepi dari Mat Gebu memang sedap..terima kasih yer pada tuan punya resepi tu..psstt kak madiha..jadik dak pulut serunding macam nih..



Quote:


PULUT SERUNDING
SUMBER: MAT GEBU


BAHAN PULUT

300 g beras pulut, cuci dan rendam 30 minit dan toskan
Santan cair secukupnya
1/4 camca teh garam
1 helai daun pandan, disimpul

BAHAN SERUNDING
1 1/2 kelapa parut, pilih yang kulit basah
1 batang serai, hiris halus*
2 ulas bawang putih*
5 biji bawang merah*
1/2 inci lengkuas*
2 biji cili merah*
3/4 camca besar ketumbar*
1/2 camca teh jintan halus*
1/2 camca teh jintan kasar*
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan*
2 camca besar gula pasir*(*dikisar halus)
Garam secukup rasa (agak2 dalam 1/2 camca teh)

CARA MEMBUATNYA


1. UNTUK SERUNDING :- Tumis bahan2 kisar hingga harum, masukkan garam dan juga kelapa parut, gaul rata. Kecilkan api dan masak sambil dikacau selalu hingga serunding berderai tetapi tidak kering. Angkat dan sejukkan.
2. UNTUK PULUT :- Panaskan kukusan, masukkan pulut dalam bekas dan tuang santan cair sehingga separas pulut. Masukkan garam dan gaul rata. Letak daun pandan dan kukus 20, gaul pulut dan kukus lagi 5 minit. Angkat dan sejukkan.
3. UNTUK PULUT SERUNDING :- Sarung tangan dengan plastik bersih, ambil sedikit pulut dan kepalkan. Golek dengan serunding sehingga membaluti pulut. Boleh dihidangkan. (Dalam gambar mat guna acuan tat jenis bujur yang telah dilenser dengan sedikit minyak, tekan pulut padat2 dan keluarkan perlahan2, hidangkan bersama serunding).



Nih pulak ayam masak lemak cili api..buat bagi pedas sikit mmang licin lah org kat rumah ni makan..
Quote:



Ayam Masak Lemak Cili Api

Bahan-Bahan:
500gm ayam - di potong
1 batang serai
20 biji cili padi
½ inci kunyit hidup
1 labu bawang besar
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
1 helai daun kunyit
sedikit garam

Cara:
1) Blend cili api,kunyit hidup dan bawang besar sehingga halus.
2) Kemudian masukkan bahan yang telah di blend, serai yg telah dititik(ditumbuk sedikit)kedalam periuk. Masukkan ayam dan tambah santan cair.
3) Masak hingga mendidih dan ayam telah empuk..
4) Kemudian, masukkan santan pekat,daun kunyit dan garam.biar mendidh sekejap.tutup api



Dapat pulak ros putih tanda persahabatan dari EMBUN terima kasih yer sudi bagi zira ros nih.. cantik sangat²..



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net