zira's FotoPage

By: zira

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 22-Sep-2008 02:30 Email | Share | Bookmark
::Projek Biskut Raya::

 
 
 
 
 
 
Salam..hari nih dah hari ke-22 kita berpuasa..cuma tinggal lebih kurang 8 hari jer lagi nak raya kan..tengah bersemangat buat kuih raya sekarang nih..ada la salam dua tiga jenis..

Tat nenas nih sedap..guna resepi dari Kak Liza terima kasih kak liza..zira copy paste resepi tu kat sini yer kak


Quote:


TAT GULUNG

Bahan
60 gm butter
190 gm majerin
70 gm gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla
350 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung

Jem Nenas..

boleh dibeli dikedai bahan kueh/kek
atau..
1 biji nenas ] blend dan masak sampai pekat baru + gula
1/2 cawan air ]
1 cawan gula

Bahan Glaze/pengilat
2 kuning telur
2 s/kecil air
pewarna kuning

Cara.
1. Gaulkan butter,majerin dan gula supaya rata.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul sehingga rata.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yg telah diayakkan.
4. Gaulkan sehingga rata dan sebati.
5. Gunakan acuan Nestar dan pamkan adunan.
6. Kepalkan jem nenas sebesar biji kurma.
7. Letakkanjem nenas diatas adunan dan gulungkan.
8. Masukkan adunan biskut dalam acuan kertas.
9. Sapukan dengan bahan glaze tadi.
10. Bakar dalam oven suhu 180'C sehingga kuning keemasan atau masak dalam 20 minit.
11. Bila telah masak, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.




Biskut sarang burung nih pulak memang sedap dan menarik..zira amik resepi dari fp Kak Haniss terima kasih kak
psstt kak hanis..jadi dak sekut yg zira buat nih ek?tak cantik macam akak buat lorr


Quote:


Biskut Sarang Burung
Sumber : Baya

Bahan-bahan
2/3 cawan butter
1/3 cawan gula
2 kuning telor
1 sudu teh esen vanilla.
1/2 sudu teh garam
11/2 cawan tepung serbaguna-haniss tambah lagi 1/4 cwn sbb masih adunan masih melekat ditangan.
2 putih telor, dipukul sedikit.
3/4 cawan badam yg dipotong memanjang.
1/3 cawan strawberry jem.- letak ceri jer
2 sudu besar serbuk badam - tambahan
1 sudu besar coffee Mate - tambahan juga

Cara Membuatnya
1. Panaskan oven 350 degrees F (175 degrees C).
2. Dalam bekas yg besar, Campurkan butter dan gula dan pukul sehingga sebati. Pukul kuning telor, vanilla, dan garam . Kemudian masukkan tepung sedikit -sikit.
3. Bentukkan doh kepada 3/4 inch bola. Dip in kedalam putih telor yg telah dipukul sedikit, kemudian rollkan kedalam badam yg dipotong memanjang. Letakkan diatas dulang pembakar/ jarakkan 1 inci. Tekankan ditengah doh dengan munggunakan jari ( membentuk sedikit lubang)
4. Bakar selama 15 to 17 minutes, sehingga sedikit perang. Sejukkan, sebelum dihidangkan penuhkan tengah biskut dengan strawberry jem.





Quote:
Sempena kedatangan syawal tak lama lagi zira nak berikan kad raya ni pada semua rakan² fotopages dan blog yang sudi singgah kat sini..sila ambik dan gantung kat 'umah' masing² yer..zira nak mohon maaf andai ada kesalahan yang telah di lakukan selama ni yer..






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net