zira's FotoPage

By: zira

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 24-Sep-2008 02:47 Email | Share | Bookmark
Biskut Raya Lagi

 
 
 
 
 
 
Salam..hari nih dah 24 hari kita berpuasa..tinggal lagi 6 hari jer untuk kita menyambut syawal pulak..rasa sedih ler pulak bila ramadhan dah tiba ke penghujung..tahun depan entah sempat atau tak kita nak sambut ramadhan lagi..zira pun dah siapkan semua biskut raya untuk raya nanti..lepas nih boleh tutup buku dah..

Biskut tembikai resepi dari gadis aries..terima kasih tuan punya resepi..sila abaikan rupa tembikai yg tak menjadi tu..huhu..huduh betul rupa biskut tu..


Quote:


BISKUT TEMBIKAI [gadis_aries]
Bahan-bahan
150 g gula kastor
250 g mentega
1 biji kuning telur Gred C
1 sudu besar susu pekat
290-320 g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
secubit garam
sedikit pewarna merah dan hijau
2-3 sudu besar bijan hitam
Paper cups
1 biji putih telur (utk menyapu doh agar ianya melekat...tapi Aries tak pakaipun putih telur)

Cara membuatnya
Pukul gula dan mentega hingga sebati, masukkan kuning telur dan susu pekat. Putar lagi hingga rata.
Bubuh tepung gandum yg sudah diayak dengan serbuk penaik dan garam.
Uli perlahan menjadi doh.
Bahagikan 3 bahagian, ambil 2 bahagian dan campurkan dengan bijan hitam dan pewarna merah. Ambil baki doh, campurkan dengan pewarna hijau.
Buatkan bebola kecil dengan doh merah.
Canai doh hijau setebal 3 mm. Sapu sedikit putih telur pada bebola merah kemudian salutkan dengan doh hijau.
Simpan seebentar di dalam peti sejuk (supaya mudah memotongnya). Belah 4 bebola tadi dan atur di dalam paper cups dan barulah di letak di atas tin pembakar.
Bakar pada suhu 160 C selama 20-25 min atau hingga masak.

* Peringatan
Masukkan tepung sikit² dulu....Lagi satu Aries nak ingatkan..selepas potong mesti atur kat paper cups baru lah di bakar...kalau lepas potong adunan tu letak terus di atas tin pembakar...haizzzz....ianya akan menjadi besar 2 kali ganda size nya nanti...pasal mula² Aries buat jadi mcm tu
[/b



[b]Nih pulak biskut cornflakes dari Sue FNR..memang sedap rasa biskut nih..

Quote:


Biskut Cornflakes
sumber : Sue FNR

Bahan-bahan :-
180 gm tpg gandum
150 gm mentega
80 gm gula aising
50 gm tepung jagung
1 bj kuning telur
80 gm cornflakes Nestle, dihancurkan [ramas dgn tangan atau blend kasar pun boleh]
1/2 sdt serbuk penaik


Cara-cara :-
1. Satukan tepung gandum dan serbuk penaik dan diayak. Ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula sehingga berkrim. Kemudian masukkan kuning telur dan pukul lagi.
2. Masukkan cornflakes dan tepung jagung ke dalam adunan mentega. Uli adunan sambil masukkan tepung gandum yang telah diayak sedikit demi sedikit. Rehatkan adunan sebentar jika adunan lembik.
3. Kemudian, bulat-bulatkan adunan sebesar guli atau mengikut bentuk kesukaan anda. Jika hendak gaul dengan lebihan cornflakes pun boleh juga.
4. Susun adunan di dalam loyang pembakar dan bakar lebih kurang 15 minit atau sehingga masak. Sejukkan dan boleh disimpan di dalam bekas.



Nih pulak biskut nestum berkismis resepi dari fp Tulip77 sedapp

Quote:

Resepi : Biskut Nestum Kismis,sheila rusly

Bahan-bahan :
250g butter
100g kismis
3 cawan tepung gandum
3 cawan nestum
1 1/2 cawan gula halus
2 biji telur saiz A

Cara-cara :
Pukul butter dan gula hingga kembang.
Masukkan telur esen vanilla, pukul lagi.
Masukkan tepung dan nestum, gaul.
Masukkan pulas kismis dan uli adunan ikut bentuk yg digemari.
Bakar pd suhu 180 selama 20 minit.




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net