zira's FotoPage - - Fotopages.com
::Award lagi::
tq liana sbb ingat zira nih dan sudi bagi bear besar nih :flowers:  :horay:
Dan utk semua yang sudi singgah kat sini sila amik award nih gantung kat 'umah' masing² yer..jangan malu²..hikss..tq sebab sudi singgah dan sudi jadi kawan zira.. :-D  :-D
Yang bawah ni pulak gambar dari Pakcik PI kita http://pemancingikan.fotopages.com
Sungguh menakjubkan gambar api tu..itulah kebesaran kuasa ALLAH S.W.T  :-)
Yang nih pulak ada sikit lagi gambar yang sempat snap masa p alor setar ari tu..
Menara Alor Setar
::Puding Jagung & Ayam Goreng Tepung
PUDING JAGUNG
Sumber:Kak Kacip :flowers:
Bahan-bahan :-
20 gm agar-agar strips
4 1/2 cwn air
1 tin susu cair
1 tin jagung krim
2 bj telur
1/2 cwn tepung kastard, dicampur dgn sedikit air, dikacau dan di tapis
secubit garam
1 cawan gula
1 sdt esen jagung
Cara-cara:-
1. Rendam agar-agar dgn air selama 1 jam. Kemudian masak agar-agar sehingga hancur.
2. Masukkan gula dan masak lagi sehingga gula hancur. Perlahankan api.
3. Di dalam mangkuk, pukul telur menggunakan garfu. Ketepikan.
4, Di dalam mangkuk lain pula, campurkan jagung krim, susu cair, garam, telur yang dipukul dan juga tepung kastad yang sudah ditapis. Gaul sehingga sebati kemudian di tuang ke dalam periuk agar-agar sambil dikacau. Tuang esen jagung.
5. Adunan ini perlu dikacau sentiasa sehingga pekat. Tutup api dan bolehlah di tuang ke dalam loyang dan biarkan sejuk dan mengeras barulah dipindahkan ke dalam peti ais.
Yang nih pulak ayam goreng yang sempat zira buat baru² nih..adik² makan camtu saja..nasib baik habis  :->
Gulai Ayam Kampung & Sup Ayam Kampung
Gulai ayam dengan sengkuang
Sup ayam
Bihun Sup Ayam Kampung
Masjid Zahir, Alor Setar
Untuk Renungan Kita Bersama
Mukjizat Azan
Pesanan Semasa Mendengar Azan...
Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.... lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.
Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak .
Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.
Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami.
Amin ..amin..amin Yarobbal a'lamin.."
WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;
Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.
Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.
Wang RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid,
tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu
lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan
bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang
berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya .
wallahhualam...
Nisfu Syaaban
Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:
Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."
Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."
Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)
Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:
1.Solat sunat nisfu sya'aban - terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini
Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah
Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah
2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya
i) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman
3. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban)
Disusun dengan bantuan Ustaz Abdul Kareem As-Saquofi
Arkib dari Risalah Surau Malabar Hidayatul Islam
::Kuih Onde² & Kerabu Tauge + perut::
Kerabu perut+taugeh
Bahan-bahan:
500 gm perut lembu
taugeh
bahan giling(blender)
* 3 ulas bawang merah
* 5 biji cili padi
* 1 biji cili merah
* 1 inci halia
* 1 inci lengkuas
*2 batang serai
* 1 ulas bawang putih
* 1/2 tsp belacan
Bahan kuah
* 1 mangkuk santan {terpulang banyak mana kuah yg di kehendaki}
* 3 tbs air asam jawa
* 2 tbs kerisik
*  garam
Cara²
1.Perut di bersihkan dan di rebus hingga empuk..kemudian di hiris.
2.Taugeh juga di bersihkan.
3.Gaulkan rata semua bahan dan rasakan masam dan masinnya.
::My Family::
Yang nih emak dengan abah tersayang ;-)
Yang tudung hitam tu adik zira yang no 2..;-)  kami semua 4 beradik jer..
Yang kat bawah 2 org nih la adik kembar zira..baru tingkatan 4 tu..tapi skrg sekolah lain²..:-D
Kentang Goreng & Paprik Ayam
Kentang goreng
6 biji kentang - dibelah 6
1/2 cwn tepung beras
1/2 cwn tepung gandum
2 sudu rempah kari
sedikit garam
sedikit lada sulah
air secukupnya utk bancuh tepung(jgn cair sgt)
cara²:
1.Rebus kentang hingga lembut sedikit..kemudian toskan air rebusan td.
2.Kemudian dalam satu bekas boleh masukkan tepung² td,rempah,lada sulah,garam dan air..bancuh jgn terlalu cair..biar pekat sedikit supaya tepung td melekat pada kentang.
3.Panaskan minyak dan celupkan kentang ke dalam tepung  td dan goreng sampai garing keemasan.
Kentang nih boleh di makan bersama mayonis..zira campurkan mayonis dan rempah kari..gaul bg rata..sedapp
Paprik Ayam
Bahan-bahan
* 4 ketul isi ayam - dipotong kecil2
* 4 ulas bwg merah - ditumbuk
* 2 ulas bwg putih - ditumbuk
* 1 labu bwg besar - dimayang
* 2 btg serai - dititik
* 2 biji buah tomato - dipotong 4
* 5 biji cili padi - di belah 2
* bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
* sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
* bahan2 perasa
*daun limau purut & serai
Cara-cara
1. Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing).
2. Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
3. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-         sayuran.
4. Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.
Tepung Bungkus & Gulai Pisang
KUEH TEPUNG BUNGKUS
Sumber:Kak Liza :flowers:
Bahan
1 cawan tepung beras
2 cawan santan + sikit garam
Daun pisang
Bahan-bahan inti:
1/2 biji kelapa muda parut
1 ketul gula melaka
1 s/b gula
1 s/b tepung gandum
4 s/b air
1 helai daun pandan
Cara:
1. Masakkan bahan inti kecuali tepung gandum sehingga agak kering.
2. Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga kering. Sejukkan.
3. Jadikan inti bebola kecil. Ketepikan dahulu.
4. Bancuh tepung beras bersama santan. Masakkan hingga naik wap dan nampak agak pekat.
5. Layurkan daun pisang diatas api dan potong anggaran diperlukan.Lap dan bersihkan.
6. Ambil 3 sudu besar bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan 2 biji inti.
7. Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun dan kukuskan selama 20 minit.
8. Sejukkan dan hidangkan.
***utk inti tu zira ikut cara mak dok buat..inti buat bebola kecil pastu guna tepung pulut yg di bancuh mcm nak buat buah melaka tu..pastu buat cara mcm kita buat buah melaka tu lah..erkk faham tak ek.. :-D
Dan yang nih zira buat gulai pisang nangka yg muda..kebetulan p rumah tok baru² nih dia ada bagi pisang yg tak masak lagi..dah banyak hari tapi tengok pisang tu tak masak² llagi..nak buat kerepek malas..jadi biar jerlah pisang tu masak sendiri pastu boleh buat goreng pisang..Pastu teringin pulak nk makan gulai pisang nih..apa lagi mintak mak tolong buatkan tapi mak tak nak..huhu..dia suruh belajar buat sendiri.. :laugh_at:  baru padan muka..kena belajar buat lah.. :lol_crash:
Gulai pisang muda tumis darat
3 biji pisang nangka yg muda
3 sudu rempah kari
santan dari 1/2 biji kelapa
segenggam ikan bilis
1 keping asam gelugor
garam
air
bahan tumis
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 sudu kecil halba campur
daun kari
cara²:
1.masukkan rempah dan air ke dalam periuk..masak guna api slow sampai rempah kering.
2.kemudian masukkan santan,pisang,asam gelugor dan ikan bilis..renehkan sampai santan mendidih dan pisang telah empuk.
3.kemudian masukkan garam secukup rasa.
4.dalam kuali lain tumiskan bahan utk menumis sampai garing
5.kemudian tuangkan bahan tumis kedalam periuk gulai tadi.
6.Tutupkan tudung periuk dan biarkan sebentar. tutup api.
Yati  >> Eh akak..kalau dekat bape pinggan pun boleh  :-D
Ana >> amboi kak ana..jgn puji lebih²..jadi lain pulak nanti  LOL
intan  >> tu lah kak..mak nak suruh anak dia blajar masak sendiri..kalo tak blajar sampai bila nak reti  :->
jasmeen >> kak meen..mak suka makan yg style camtu..dia kata lagi sedap sebab rasa mcm liat sikit  :->
MaDiHa >> alamak kak madiha..akak jgn ngidam nk mkn gulai pisang nih dah la..jenuh zira nk p antar kat akak nanti  :-D
srsfeqah  >> alahai feqah..masak simple² jer tu..baking² tak reti lagi nih..erkk..cik abang mana yg bertuah tu agaknya :weee:
big mamma bukhari aka ati  >> hehe kak T..zira dok blajar lah nih..banyak yg tak reti lagi..untung join fp nih byk benda zira dpt blajar  :horay:
maylique >> amboi kak..nak gu ngan sapa plak tu? :lol_crash:  mekasih na bg zira resepi tu..nanti kalo rajin zira try buat  :-D
unnamed>> sapa unnamed nih?nak byk pun boleh  :-D
hasliza  >> salam hasliza..nak tanya apa yer? nih email akak azieyra_82@yahoo.com
~Ima~  >> hai ima..nanti boleh lah try resepi tu yer  :->
zaiy  >> mula² nk try buat tu takut jugak tak jadi.. :-D
umieaisyah >> lorr kak..zira ingat zira yg nak p dok umah akak boleh mkn apa yg akak masak  :satisfied_nod:  :satisfied_nod:
MiraJohar  >> nampak jer sedap tp rasa belum tau lagi mcm mana  :-)  :-)
ratna >> salam kenal jugak dari akak..lps nih bleh lah singgah sini lagi yer  ;-)
baayah  >> zira tak baper suka mkn kuih nih tp mak dgn abah mmg sgt suka  :-D
> >> lorr..baru tau ker nama kuih nih..selama nih main makan jer ker bro  :lol_crash:
zatidhati  >> nape plak akak tak suka isi dia ek?
zai@umiaiman >> salam kenal dr zira jugak..owh ramai jugak suka mkn kuih nih yer
jun  >> sebungkus jer cukup ker? :-D
maylique >> kak..lain dr yg lain lah resepi nasi tu..mesti sedap  nih  :P
Mamasya  >> malas lah tu akak..kena tunggu angin rajin dulu baru bleh buat kuih muih nih..ikut mood jugak nih  :->
Award,Kuih Ketayap & Sambal Sotong
Salam..malasnya nak update fp ari nih.. :-D  tapi kena rajinkan diri jugak..kali nih dapat lagi award dari mamasya  http://mamasya.fotopages.com terima kasih yer akak sbb sudi bg zira award nih..dah boleh buat koleksi nih  :-D ..tapi kan layak ker nk terima award nih..zira nih tak kreatif langsung..:shy:  :shy:   tp org dah bagi kita amik jelah kan..banyak cakap pulak  LOL ..tq mamasya  :flowers:
Award nih zira nak kongsi dengan :
Rinnzura     ~~~http://rinzura.fotopages.com
Kak Ej        ~~~  http://rafiqin.fotopages.com
Kak Intan    ~~~  http://nabialishad.blogspot.com
Kak Hanis  ~~~  http://rahaniss.fotopages.com
Liana          ~~~  http://adinieliana.blogspot.com
Kak Amal   ~~~  http://amal5041.fotopages.com
sila amik award nih dan letak kat rumah masing² yer..:->
Dah abis pasal award..jom kita kongsi resepi pulak..zira TERajin  la pulak nak buat kuih ketayap nih sbb dah lama tak makan..kalau nak beli faham² jerlah..baik buat sendiri lagi puas hati kan :-D ..resepi kuih ketayap nih zira guna resepi dari fp kak liza..minta izin copy paste resepi nih yer kak :-D ..tq kak liza  :flowers:
KUEH KETAYAP aka KUEH GULUNG
Bahan Kulit [batter]
1 cawan tepung gandum
1 cawan air jus pandan
[mesinkan 5 helai daun pandan + 1 cawan air dan tapiskan]
1/2 cawan santan/susu segar
1 biji telur
beberapa titik pewarna hijau
secubit garam
Bahan inti:
150 gm gula merah
3 s/b gula biasa
1/2 cawan air kelapa muda [jika ada]
½ biji kelapa parut muda
Cara:
1. Untuk inti, masukkan semua bahan inti ke dalam periuk.
2. Kemudian masak di atas api yang sederhana dan kacau agar sebati dan melengas. Angkat dan ketepikan.
3. Untuk kulitnya, masukkan semua bahan di dalam mangkuk. Kacau sebati dan tapiskan
4. Panaskan non-stik pan yang telah dilengser dengan sedikit minyak.
5. Tuangkan sesenduk adunan ini dan lenggang-lenggangkan kuali tadi, supaya adunan rata dan nipis.
6. Setelah masak, angkat dan ketepikan.
7. Masukkan inti di tengah-tengahnya.
8. Kemudian lipatkan bahagian kiri dan kanan lalu gulungkan kemas-kemas.
9. Lakukan sehingga selesai dan hidangkan.
Yang nih pulak zira guna resepi dari http://www.resipi.my/sambal-sotong-rendam  untuk sambal sotong nih..memang sedap :P  :P ..tq utk tuan punya resepi:flowesr: ..zira mintak izin copy paste resepi tu kat sini yer  :->
Sambal Sotong
Bahan-Bahan
Bahan-bahan untuk dikisar:-
100gm cili kering
10 ulas bawang merah (kecil)
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci belacan
1 kg sotong rendam-dipotong dan dibersihkan
1 biji bawang merah besar (dipotong 8)
2 cawan air
sedikit air asam jawa
1 sudu besar gula
sedikit serbuk perasa
garam secukup rasa
1 senduk minyak untuk menumis
Cara Memasak
1. Panaskan minyak di dalam kuali.
2. tumiskan bahan2 yang dikisar sehingga garing dan masukkan bawang besar yang telah dipotong.
3. masukkan sotong dan air. Biarkan ianya masak sehingga hampir kering (anggaran 10 minit)
4. masukkan air asam, gula, garam dan serbuk perasa.
5. kacau sehingga ianya pekat dan hampir kering (tapi jangan kering sgt).
Award & Kari Ketam
Aik dapat award lagi dari Kak Lin http://kaklins-gallery.blogspot.com  apa pun terima kasih banyak² yer kak lin sebab sudi bagi zira award nih  :horay:  :horay:  :flowers:
Dan kali nih zira nak berkongsi award nih dengan :
Kak Fazzarinna       >>> http://fazzarinna.fotopages.com
Kak Umieaisyah      >>> http://umieaisyah.fotopages.com
Kak Ana                   >>> http://elianas.fotopages.com
Kak Madiha             >>> http://mamawandiha.fotopages.com
Kak Zaiy                   >>> http://norzaim1973.fotopages.com
Pakcik Pemancing >>> http://pemancingikan.fotopages.com
Bro Jeff                    >>> http://ambig.fotopages.com
Pada sesiapa yg ada nama kat atas tu sila amik award nih bawa balik 'umah' masing² yer  :-D
Kari Ketam
Bahan-bahan
* 1 kg ketam, dibersihkan
* 4 sudu makan rempah kari
* 1 cawan air
* ½ liter santan pekat
* garam secukup rasa
* 1 biji nenas(kalau nenas masak lg sedap,manis)
* minyak untuk menumis
* # Bahan untuk dikisar #
* 2 biji bawang besar
* 1 ulas bawang putih
* 1 inci halia
Cara-cara
1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
2. Masukkan rempah kari ikan dan gaul rata.biar garing.. Kemudian masukkan 1 cawan air dan gaul sebati.
3. Masukkan garam, serbuk perasa secukupnya dan ketam. Gaul rata dan tutup periuk selama 5 – 10 minit sehingga ketam bertukar warna.
4. Akhir sekali masukkan nenas, santan, dan bila ia telah mendidih. Kacau sebati, padamkan api, angkat dan hidangkan.